ResepiCheNom
Sambal Kering Kentang dan Ikan Bilis

Resepi Sambal Kering Kentang Dan Ikan Bilis

Prep 10 minMasak 20 minJumlah 30 minHidangan 5 orang

Sambal kering kentang dan ikan bilis kegemaran Che Nom, rangup pedas manis dan memang padu bila makan dengan sup ayam atau sup daging. Bahan pun mudah, semua ada di pantry.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 1 sudu kecil sos tiram1 sudu kecil sos tiram
  • 3 biji kentang3 biji kentang
  • 1 mangkuk ikan bilis1 mangkuk ikan bilis
  • 3 ulas bawang merah, hiris nipis3 ulas bawang merah, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 3 sudu besar cili kisar3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili3 sudu besar sos cili
  • gula secukup rasagula secukup rasa
  • sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)

Cara Buat Sambal Kering Kentang Dan Ikan Bilis

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh. Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas. Masukan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
  2. 2
    Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.
  3. 3
    Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis) dan goreng bawang merah dan putih sehingga wangi.
  4. 4
    Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  5. 5
    Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis nanti tak sedap pula.
Video
Pengenalan

Resepi kali ini agak special bagi Che Nom, sebab ini adalah sambal kegemaran dan kerap sangat buat kat rumah.

Sambal kering ni memang sungguh sedap,lebih lagi bila dimakan bersama lauk berkuah seperti sup ayam atau sup daging.

Bahan pun tak susah,.bahan yang selalu ada kat pantry dapur. Jom semak resipi di bawah :)

Diterbitkan pada 3 Mei 201550K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru