
Sambal Ijo
Kali ni Che Nom nak masak sambal, bukan sebarang sambal tapi sambal hijau atau sambal ijo ala-ala rumah Padang. Bagi Che nom sambal ni menarik sangat sebab warnanya hijaunya tu. Kita guna bahan-bahan yang bewarna hijau dan ada acara untuk kekalkan warnanya. Che Nom masak banyak-banyak dan botolkan, senang nak makan dengan ayam goreng ke, dengan bilis petai atau makan dgn nasik panas cukup terbaik. Resepi asal dari Chef Eddy Siswanto, Che Nom suka sangat tengok chef masak. Memang menjadi dan sedap sambal ijo ni, cuma apa yang berbeza dari resepi asal Che Nom tambah tomato aja. Hasilnya memang pekat, pedas dan padu. Anda kena cuba ye.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 450g cili padi hijau
- 150g cili besar hijau
- 1-2 biji tomato hijau
- 30g ikan bilis
- 2-3 cwn minyak masak
- 2-3 biji bawang merah kecil
- 1 biji bawang holland
- 5 ulas bawang putih
- Garam secukup rasa
- 1 sb serbuk seasoning
- 4 helai daun limau purut
- 1Potong kasar tomato (pastikan guna tomato yang masih hijau) dan bawang holland.
- 2Hiris nipis bawang merah kecil dan bawang putih.
- 3Daun limau purut koyak buang tulang tengah
- 4Bersihkan cili api dan cili besar kemudian tos kering.
- 5Cabut tangkai cili dan patahkan.
- 6Didihkan air dan rebus semua cili dan tomato (tak perlu lama lebih kurang macam celur saja, kalau lama takut cili berubah warna).
- 7Bila cili dan lembut sikit boleh angkat dan bilas dengan air sejuk.
- 8Masukkan bahan yang direbus tadi dalam food processor atau blender kemudian kisar kasar (kalau rajin boleh tumbuk).
- 9Basuh bersih ikan bilis dan goreng separuh masak. Bila dah masak boleh angkat dan ketepikan.
- 10Dalam minyak yang sama, tumis bawang merah sampai lembut. Pastikan api kecil sebab takut bawang jadi perang sangat dan garing.
- 11Kemudian masukkan bawang holland dan bawang putih. Kacau sampai bawang lembut.
- 12Masukkan bahan kisar tadi dan kacau sampai lembut dan air kering sikit.
- 13Perasakan dengan garam dan serbuk perasa (pilihan), boleh tambah kiub pati ayam kalau suka. Kacau sebati.
- 14Tabur daun limau purut dan ikan bilis goreng.
- 15Tutup api bila dah masak boleh dan sejukkan.
- 1Rebus balang kaca dalam air panas untuk matikan kuman.
- 2Keluarkan botol dan keringkan.
- 3Senduk masuk sambal kedalam botol.
- 4Tutup rapat dan simpan dalam peti ais.
- •Pastikan air betul-betul mendidih sebelum rebus cili dan tomato.
- •Kalau nak kurangkan pedas boleh kurangkan cili padi anggaran 400-350g dan lebihkan cili besar.
- •Selepas rebus cili dan tomato, bilas atau rendam dalam air sejuk untuk hentikan proses pemanasan dan maintain warna hijau
- •Untuk simpan sambal dalam suhu bilik boleh gunakan kaedah retort (masukkan dalam pressure cooker).
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan

Sambal Penyet Berapi
Kali ni Che Nom nak share resepi yang best sebab mudah dan sangat lah praktikal untuk di simpan sebagai stok yang akan b...

Sambal Belacan Ala Kedai Tomyam Thai
Kali ini Che Nom nak share resepi Sambal Belacan Ala Kedai Tomyam Thai.Sambal belacan ni diletak bawang tanpa perlu masa...

Sambal Belacan Padu
Kali ni Che Nom nak share resepi sambal belacan yang mantap rasanya dan juga boleh disimpan sebagai stok dalam peti seju...

Sambal ketuk
Sambal yang simple tapi menambah-nambah. Bahan utama ikan bilis, cili padi dan bawang putih yang digoreng dan kemudian diketuk kasar. Sapa yang belum cuba jomlah try buat.

Kuah Kacang Pekat Dan Pedas
Menu raya kali ni ialah kuah kacang versi baru. Siapa yang plan nak buat kuah kacang tu, jomlah cuba. Memang cukup pekat...

Sos Cili Thai
Resepi Sos Cili Thai, sos pencicah yang sangat sedap dan mudah disediakan. Sos ini rasanya manis, pedas dan masam secuku...