
Roti Canai
Resepi kali ni memang special, makanan kegemaran semua rakyat Malaysia, sapa tak suka kan, roti canai dan kari dalca. Che Nom akan share resepi yang dah test banyak kali, dan suka dengan hasilnya. Doh roti canai kita guna bahan-bahan yang mudah nak dapat kat rumah, Cuma cara buatnya tu yang tentukan hasilnya. Tak pandai tebar? jangan risau, ada cara nya Che Nom tunjuk dalam video. Che Nom pon bukan pro, Skill cukup-cukup makan je, janji hasil tu mantap.
Untuk kari dalca, atau kuah dal pulak, Che Nom gunakan kaedah tumis darat yang memang sedap sangat, dan wangi kari tu. Rasanya memang cukup perfect, dan yang bagusnya, boleh letak banyak sayur kalau buat sendiri. Hidang dengan roti canai panas, yang garing di luar dan lembut di dalam, memang terbaik sangat.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 kilo tepung gandum
- 1 sb gula
- 3 sk garam
- 4 sb susu pekat
- 1 biji telur
- 250ml air suam
- 250ml air suhu bilik
- 2 sb majerin
- 200g / 1 cwn kacang dal
- 2 ulas bawang putih
- 1 sk serbuk kunyit
- Air secukupnya (utk rebus)
- 1 sb serbuk kari
- 1 sb serbuk cili
- Tulang ayam
- 1/2 biji labu air
- 1/2 biji terung panjang
- 1 biji kentang
- 1/2 batang karot
- 3 sb santan kotak
- Sedikit air asam jawa
- 1/4 cwn minyak masak
- 1 sk biji sawi
- 1 batang kayu manis
- 4 biji bawang merah kecil
- 1 tangkai daun kari
- 4 biji cili kering
- 1Cairkan majerin kemudian ketepikan dulu. Nak mudah adun seloknya cairkan dulu majerin.
- 2Masukkan gula, garam, susu pekat dan air suam ke dalam mangkuk besar. Kemudian kacau sebati.
- 3Tambah lagi air (suhu bilik), telur dan majerin cair. Sambung kacau.
- 4Dalam mangkuk yang berasingan masukkan tepung gandum.
- 5Kemudian tuang adunan cair separuh-separuh sambil uli sampai doh lincin dan tak melekat pada tangan. Tambah air sikit kalau doh masih keras.
- 6Bila doh dah lincin dan tak melekat, boleh tutup dan rehatkan selama 30 minit.
- 7Selepas 30 minit, bulatkan doh kecil-kecil. Caranya tolak doh keluar di antara ibu jari dan jari telunjuk. Kemudian tolak jadi bulat dan tarik keluar.
- 8Cara lagi senang timbang berat semua doh dan bahagi kepada 19-22 biji doh.
- 9Sapu majerin pada bekas dan tangan, kemudian lumur majerin pada doh yang kita bulatkan kecil tadi.
- 10Susun doh dalam mangkuk dan tutup rapat doh dengan plastic
- 11Kemudian simpan semalaman atau 5-6 jam dalam peti sejuk.
- 12Keluarkan doh dari peti sejuk, keluarkan 2-3 jam sebelum masak supaya sejuk hilang sepenuhnya dan jadi lembut untuk ditebar.
- 13Lumur minyak atas meja (pastikan meja bersih yer).
- 14Ambil satu doh dan tekan leper dengan tapak tangan.
- 15Kemudian tebar roti sampai nipis
- 16Bila dah jadi besar Che Nom dah tak reti tebar, jadi Tarik doh sampai nipis.
- 17Tuang sikit minyak dan majerin atas doh yang kita canai tadi.
- 18Lipat 2 doh, tarik memanjang dan lipat lagi menjadi segi 4 sama.
- 19Kemudian tolak atau selit (dari lipatan sisi) jadi bulat.
- 20Rehatkan doh sebelum kita goreng.
- 21Tekan leper doh (tak nipis pon tak pe tapi kalau nipis dapat la roti canai yang garing).
- 22Panaskan kuali dan gris sedikit minyak.
- 23Kemudian boleh la goreng roti canai.
- 24Bila dah garing boleh la angkat.
- 25Susun roti canai atas meja dan kemudian tepuk (supaya roti canai lebih gebu).
- 1Bilas bersih kacang dal dan kemudian rendam 4-5 jam atau seloknya semalaman.
- 2Tapis kacang dal dan masukkan dalam periuk
- 3Ketuk hancur bawang putih dan masukkan dalam periuk.
- 4Tambah air dan serbuk kunyit kemudian rebus sampai lembut.
- 5Kupas kulit carrot, kentang dan terung kemudian potong dadu besar (kalau kecil hancur pulak masa rebus nanti).
- 6Labu air kupas kulit, buang bahagian tengah yang keras dan kemudian potong dadu besar.
- 7Untuk tambah sedap kuah Che Nom guna tulang ayam. Potong tulang ayam kecil-kecil.
- 8Bila kacang dal dah lembut, ambil separuh kacang dal dan kisar halus.
- 9Tuang masuk balik kacang dal yang kisar tadi kedalam periuk.
- 10Masukkan serbuk cili dan serbuk kari daging. Kacau sebati.
- 11Masukkan tulang ayam, sayur karrot dan kentang. Masak sampai sayur lembut.
- 12Bila kentang dan carrot dah lembut, boleh masukkan sayur yang lembut macam labu air dan terung.
- 13Sambung reneh sampai kuah jadi pekat dan sayur masak lembut.
- 14Masukkan santan kotak (kuah dal ni ada yang tak letak santan, Che Nom letak sikit je sebab takut kuah berlemak).
- 15Masukkan garam secukup rasa.
- 16Akhir sekali masukkan air asam jawa.
- 17Bila kuah dan mendidih boleh tutup api.
- 1Hiris nipis bawang merah kecil.
- 2Gunting kasar cili kering.
- 3Panaskan minyak masak.
- 4Tumis biji sawi dan kulit kayu manis.
- 5Masukkan daun kari, hirisan bawang merah dan cili kering.
- 6Kacau sampai bawang masak kekuningan dan naik bau.
- 7Tutup api dan tuang masuk dalam kuah kari dal.
- 8Cepat-cepat tutup periuk dan biarkan 10-15 minit atau ½ jam.
- 9Kuah kari dal sedia untuk dihidang bersama roti canai
- •Masa tebar tekan dengan tapak tangan, jangan tekan dengan jari kalau tekan dengan jari nanti doh tak sekata dan jadi mudah koyak bila kita tebar.
- •Cara untuk tebar roti canai, kita pegang dengan 2 tangan. Tangan kanan angkat doh dan kanan kiri ikut je. Kita angkat doh dan hempas atas meja. Sambil tebar boleh pusing sampai dapat betuk bulat yang sekata.
- •Kalau tak pandai tebar, boleh guna cara mak Che Nom dengan mengunakan belakang dulang. Caranya kita tekan doh sampai leper sambil tarik sampai nipis dan selit tepi dulang. Akhir sekali boleh lipat doh dan gulung macam biasa.
- •Untuk goreng roti canai, kuali seeloknya guna yang tebal barulah roti masak sekata dan tak mudah hangit.
- •Kalau nak frozen roti canai, boleh goreng kuning-kuning je lepastu simpan dalam peti ais tempat beku.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan

Lempeng dan Sambal Bilis
Kali ni jom tengok Che Nom sediakan menu sarapan pagi yang cukup terbaik, menu nostalgia menu throwback iaitu lempeng le...

Roti Puri Sambal Sardin
Untuk resepi kali ini Che Nom nak tunjuk dua resepi yang sangat sesuai digabungkan bersama, iaitu Roti Puri dan Sambal S...

Cucur Kembung cicah Sambal Sardin
Jom tengok Che Nom nak buat cucur kembung dan sambal sardin berkuah pedas untuk kita cicah makan dgn cucur kembung yang ...

Sandwich Telur Hancur
Sandwich telur versi scrambled eggs yang sangat senang dan cepat disediakan. Dipadankan hirisan salad dan tomato, sangat sesuai untuk dibawa ke picnic atau dibuat berniaga.

Donut Tanpa Telur
Resepi Donat gebu dan lembut tanpa telur. Video ini menunjukkan tips untuk hasilkan donat yang sempurna, termasuk cara menggoreng donat supaya perang sekata dan tak serap minyak. Resepi ini sesuai untuk mereka yang alah pada telur atau vegetarian.

Cakoi Rangup Tanpa Yis Dan Sos Pandan
Episod kali ni agak berbeza sedikit kerana buat pertama kalinya Che Nom nak buat resepi youtiao atau cakoi versi tanpa y...