Rendang Daging Hari Raya
Hi semua, atas permintaan ramai, kali ni Che Nom akan sediakan menu istimewa ni…sempena Aidilfitri yang bakal tiba tak berapa hari je lagi. Ada 2 kaedah masak rendang iaitu bertumis dan tak bertumis, dan kali ni Che Nom sediakan versi tumis, sebab tgk Aunty Aini yang femes dengan rendangnya tu masak dgn Gordon Ramsey rendang daging style yang bertumis dan memang Che Nom suka versi mcm ni.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 7-8 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 inci halia
- 2 inci kunyit hidup
- 2 inci lengkuas
- 3 batang serai
- 15-20 tangkai cili kering
- sedikit air
- 1 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu kecil biji jintan putih
- 1 sudu kecil biji jintan manis
- 2 cawan minyak masak
- 1 kilo daging lembu
- 2 cawan santan cair
- 1 mangkuk santan pekat
- 1 keping asam keping (kalau kepingan besar, letak separuh je dulu)
- 2-3 sudu besar kerisik
- 1-2 helai daun kunyit
- 2-3 helai daun limau purut
- gula nisan atau gula melaka secukup rasa
- garam secukup rasa
- 1Potong daging (arah lawan urat) kepada ketulan sederhana dalam 2 inci.
- 2Buang tulang tengah daun kunyit kemudian gulung dah hiris nipis. Simpan dalam bekas bertutup untuk elakkan daun kering.
- 3Cincang kasar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas dan serai.
- 4Masukkan ke dalam blander bahan cincang tadi, air dan cili kering (telah direbus).
- 5Kisar halus (jangan terlebih bland, pastikan masih ada serat2 halus).
- 6Sangai (goreng tanpa minyak) biji ketumbar, biji jintan putih dan biji jintan manis sampai garing atau sehingga naik bau.
- 7Masukkan rempah tadi ke dalam lesung batu dan kisar halus.
- 8Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar sehingga pecah minyak.
- 9Masukkan daging.
- 10Masukkan rempah yang telah dikisar dan kacau sikit.
- 11Masukkan santan cair.
- 12Renehkan sehingga daging masak empuk.
- 13Bila dah kering dan daging masak empuk, masukkan santan pekat.
- 14Masukkan asam keping dan masak sehingga kuah pekat.
- 15Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
- 16Masukkan daun limau purut yang telah dibuang tulang tengah.
- 17Masukkan gula melaka @ gula nisan.
- 18Last sekali masukkan garam secukup rasa.
- •Kunyi segar akan buat rendang lebih wangi dan lebih sedap.
- •Untuk tahu arah lawan urat, tengok arah selari urat dan potong arah yang bertentangan.
- •Lebihkan sikit minyak bila memasak sebab kita nak bagi naik bau bahan kisar dan masak garing, lebihan minyak boleh dikeluarkan nanti.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan

Sup Tulang Padu Dan Air Asam
Kali ni menu berasaskan daging iaitu Sup Tulang yang padu, dipadankan dengan air asam yang pedas menyegat, gabungan yang...

Daging Masak Kurma Kenduri Dan Cara Buat Kerisik
Sempena hari raya Aidiladha jom kita tengok resepi Daging masak kurma. Kurma tu bukan buah kurma, tapi jenis campuran re...

Lamb Chop & Sos Blackpepper Mushroom
Kali ni nak share resepi menu favourite Che Nom iaitu grill lamb dan dua side dish iaitu mashed potato serta sayur fresh...

Daging Masak Kicap Dan Kentang
Kali ni Che Nom nak masak menu yang ringkas tapi cukup sedap menjilat jari kalau makan iaitu daging masak kicap berkent...

Daging Goreng Kunyit
Daging Goreng Kunyit masakan yang mudah dan sesuai untuk orang bujang. Che Nom ada share satu tips cara restoran cina untuk dapatkan hasil daging yang lembut dan juicy.

Gulai Daging Kawah
Gulai Daging Kawah ala kenduri, daging direneh perlahan sampai lembut dan meresap dengan kuah. Ditambah pulak kerisik dan santan segar. Cara kerisik homemade pun ada dalam resepi ni.