ResepiCheNom
Punten

Resepi Punten

Prep 30 minMasak 30 minJumlah 1 jam

Che Nom berkongsi resepi Punten dan Sambal Ijo, makanan tradisi masyarakat Jawa Selangor yang sedang viral. Punten seakan-akan nasi lemak dan nasi impit, dimakan bersama sambal ijo yang pedas dan menyengat.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Sambal Hijau

  • 1 biji bawang besar1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah kecil3 biji bawang merah kecil
  • 120g cili padi hijau120g cili padi hijau
  • 1 mangkuk ikan bilis1 mangkuk ikan bilis
  • 2 sb udang kering2 sb udang kering
  • Sedikit air asam jawaSedikit air asam jawa
  • GulaGula
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • Serbuk perasaSerbuk perasa

Bahan Punten

  • 2 cwn beras2 cwn beras
  • 6 cwn santan6 cwn santan
  • GaramGaram
  • Daun pandanDaun pandan
  • Sedikit minyakSedikit minyak

Cara Buat Punten

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Sambal Ijo

  1. 1
    Kisar kasar bawang putih, bawang besar, bawang merah kecil dan cili padi hijau.
  2. 2
    Potong dadu bawang besar (untuk menumis)
  3. 3
    Bancuh asam jawa dengan air dan ketepikan dulu.
  4. 4
    Tumbuk kasar udang kering.
  5. 5
    Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan.
  6. 6
    Tumis bawang besar sampai lembut, kemudian masuk semua bahan kisar kasar tadi.
  7. 7
    Masuk udang kering, air asam jawa, sedikit air, serbuk seasoning, gula dan separuh ikan bilis goreng (ditumbuk kasar).

Punten

  1. 1
    Masukkan beras, santan (sederhana cair), garam, daun pandan, dan sedikit minyak dalam rice cooker. Masak macam biasa.
  2. 2
    Keluarkan daun pandan dan tekan nasi dengan balang kaca atau botol sampai hancur.
  3. 3
    Gumpal nasi menjadi bentuk signature Punten.
  4. 4
    Boleh hidang sambal ijo dan tabur dengan baki ikan bilis goreng.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Sukat beras dan air dari bekas yang sama. Sukatanya 1 cwn beras sama dengan 3 cwn air.
  • Kalau nak guna santan kotak, cairkan air sampai cukup 6 cwn.
  • Kalau nak senang gumpal nasi, boleh gumpal dengan tangan pakai sarung tangan plastic.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom share resepi menu yang tengah viral dan dikatakan makanan asli masyarakat Jawa di sebelah Selangor, iaitu Punten dan Sambal Ijo yang pedas berasap menyengat. Seumur hidup memang Che Nom tak pernah makan sempai lah viral baru-baru ni.

Apa rasa Punten ni. Mesti ramai yang tanya kan. Nasi nya tu seakan-akan rasa nasi lemak yang digabung dengan nasi impit. Beras dimasak dengan santan supaya lembik hasilnya, kemudian kita tumbuk sampai halus sebelum dibentukkan menjadi Punten. Nak bentukkan tu yang agak mencabar.

Dan yang menariknya bila kita makan dengan sambal ijo yang harus dimasak menggunakan cili hijau kampung bersama dengan Ikan bilis dan udang kering tumbuk. Memang sedap sambal ni tau, pedas nya tu ketagih bila makan dengan nasi. Anda wajib cuba.

Diterbitkan pada 27 Februari 202432.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru