Puding Roti Coklat

Puding Roti Coklat

Resepi Puding Roti Coklat menggunakan lebihan kepingan roti putih yang sudah disimpan beberapa hari. Maksudnya roti yang bukan lagi baru atau fresh. Resepi ini mudah dan sangat sedap.

Jika anda selalu sediakan puding roti biasa, apa kata cuba puding roti coklat yang dihidangkan bersama taburan sos coklat. Pasti anak-anak akan suka. Che Nom tambahkan bancuhan kopi espresso untuk membangkitkan rasa coklat dan menyedapkan lagi rasa puding coklat ini.

Bahan yang digunakan pun cuma bahan lebiasaan ada di dapur. Jadi jika ada roti lama yang masih belum expired, jangan dibuang. Cuba lah resepi ini

Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 19 Disember 2016556 paparan

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

  • 6-7 keping roti
  • 2 cawan susu Full Cream
  • 3 biji telur, saiz sederhana
  • 1/3 cawan gula perang (boleh digantikan dengan gula putih)
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar bancuhan kopi espresso
  • sedikit butter
  • secubit garam
  • 3/4 cawan coklat chip
  • sedikit white coklat chip untuk hiasan

  • 200 gram coklat bar
  • 1/2 cawan susu
  • 2 sudu besar butter
Cara Memasak

  1. 1
    Potong roti kepada potongan kiub.
  2. 2
    Griskan bekas caserolle atau baking pan dengan butter. Masukkan potongan kiub roti tadi dan taburkan coklat chip di dalam susunan roti dengan sekata.
  3. 3
    Dalam mangkuk berasingan masukkan susu, telur, serbuk koko, air bancuhan kopi, gula dan secubit garam. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  4. 4
    Tuangkan adunan susu ke dalam dulang yang berisi roti tadi. Tekan-tekan sedikit roti supaya tenggelam. Rehatkan selama 15 minit supaya roti menyerap cecair adunan.
  5. 5
    Bakar selama 40-50 minit.
  6. 6
    Angkat dan hiaskan dengan coklat sos.

  1. 1
    Satukan coklat, susu dan butter di dalam mangkuk dan panaskan menggunakan kaedah bain marie atau double boiler. Kacau sebati.
  2. 2
    Boleh juga gunakan microwave. Panaskan semua bahan di dalam microwave sehingga coklat cair dan kacau sebati.
Petua & Panduan
  • Untuk coklat sos, anda boleh gunakan yang sudah sedia terdapat di pasaran seperti jenama Hersyey. Kalau rajin boleh cuba sediakan sendiri seperti resepi di atas.

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

786 Resipi
Lihat profil Che_Nom

Resipi Berkaitan