Resepi Puding Roti
Puding roti klasik yang lemak manis, sedap makan sejuk-sejuk untuk berbuka. Guna roti lebih je, bahan mudah dan boleh siap awal malam.

Bahan-bahan
Bahan Untuk Pudding Roti
- 5 keping roti putih / sandwich
- 4 cwn / 950ml air
- 1 pek / 10g serbuk agar-agar
- 1 biji telur
- 1 cwn / 237ml susu cair
- 1/2 cwn / 120ml susu pekat
- 1/2 cwn / 100g gula
- 1/4 sk garam
- 1 sk esen vanila
- Pewarna makanan
Cara Buat Puding Roti
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Pudding Roti
- 1Lorek pudding untuk effect marble.
- 2Balut bekas dengan plastic wrap.
- 3Koyak kasar roti dan masukkan dalam blender. Masukkan jugak air (3 cawan air), serbuk agar-agar dan telur. Kisar semua bahan sampai halus.
- 4Masukkan dalam periuk susu pekat, gula, garam, bahan kisar halus, 1 cawan air (kocak blender, kasi bersih bahan kisar tadi) dan susu cair (boleh ganti susu full cream kalau suka).
- 5Bukak api sederhana dan kacau perlahan. Masak sampai agar-agar larut, pekat dan tak berketul.
- 6Che Nom masukkan esen vanila (pilihan). Kalau sensitif dengan bau telur boleh letak sikit esen vanila untuk hilangkan bau hanyir telur.
- 7Bila adunan dah pekat (adunan melekat pada spatula) dan naik buih sikit, terus tutup api.
- 8Tapis adunan untuk pastikan tak ada ketulan.
- 9Untuk warnakan pudding, Che nom letak 2 saja warna 1 lagi warna asli adunan atau putih. Berapa jenis warna tu ikut pilihan anda.
- 10Bahagi adunan kepada 3 bekas sama banyak.
- 11Masukkan pewarna pilihan anda dalam adunan yang telah dibahagi tadi. Che Nom guna warna merah dan warna biru. Kacau adunan sampai sebati.
- 12Tuang masuk adunan dalam bekas secara berselang seli. Satu warna Che Nom tuang 2 kali. Hasilnya akan dapat 6 lapisan berwarna.
- 13Sejukkan dalam peti sejuk 3-4 jam atau semalaman.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 12 orang
- Kalori
- 135 kcal
- Protein
- 4 g
- Karbohidrat
- 23 g
- Lemak
- 3.5 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 17 g
- Natrium:
- 100 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan; ~1.5 liter puding dianggar 12 bahagian.
- Susu pekat manis dan gula menyumbang ~88% karbohidrat.
- 5 keping roti putih dianggar 140 g.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 pek / 10g serbuk agar-agar bersamaan berapa sudu besar?
- ± 2 sudu besar (cawan US 240ml).
- 1/2 cwn / 100g gula bersamaan berapa cawan?
- ± ½ cawan (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Jangan tinggal masa masak pudding. Kerap kacau dan masak perlahan.
- Sebelum tuang masuk adunan dalam bekas, basahkan dasar bekas dengan air untuk elak melekat.
- Untuk effect marble, boleh lorek guna pemegang sudu atau batang sudu untuk lebih cantik, jangan guna batang lidi sebab kecik sangat nanti tak berapa menjadi corak marble.
- Selepas sejukkan, boleh lap sikit permukaan pudding yang berair dengan tisu.
Video
Pengenalan
Jom kita tengok resepi dessert pulak kali ni, dessert klasik kegemaran ramai terutamanya pada bulan puasa iaitu agar-agar roti. Kalau ada roti lebih dekat rumah boleh la cuba buatnya.
Bahan-bahan pon senang nak cari. Kalau buat hidangan untuk berbuka puasa memang sangatlah sedap sebab rasanya yang berlemak manis, makan pulak sejuk-sejuk.
Dan boleh buat awal daripada malam. Bukan saja mudah dan sedap rupa pon menarik. Wajib cuba okey.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









