Puding Kastard Berkuah Koktel

Untuk kali ini, kita tengok pula macam mana cara nak buat dessert yang menarik rupanya dan mudah aja nak sediakan aitu Puding kastad berkuah koktel. Ada dua elemen dalam dessert ni, pertama ialah lapisan pudding kastad yang lemak-lemak gedik gitu dan yang ke dua, kita tuang dengan kuah koktel untuk lapisan atas dan hias dengan buah buahan tin ataupun buah-buahan segar.

Kombinasi rasa pudding kastad yang lembut tu, dengan kuah kastad yang lemak bersusu dan juga buah segar yang masam manis menang cukup sedap bila dimakan sejuk. Nyaman rasa bila lalu kat tekak.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan pudding kastad:
    • 5 cwn air
    • 1 cwn tepung kastad
    • 1 cwn susu pekat
    • 1/2 sk garam
  • Bahan-bahan kuah koktel:
    • 1 tin /836g koktel buah
    • 1 tin susu cair
    • 5 sb gula
    • 1 sb tepung kastad
    • 1/2 sk garam
    • 2 cawan air
    • 1 sk esen/ekstrak vanilla
  • Bahan-bahan lain:
    • Laici tin
    • Buah naga

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk puding kastad:
    1. Tapis dan asingkan buah dan air gula koktel.
    2. Potong dadu buah naga.
    3. Masukkan air, tepung kastad, susu pekat dan garam dalam kuali. Kacau sampai bahan larut.
    4. Bukak api dan masak atas api perlahan. Kerap kacau untuk elak kastad berketul.
    5. Masak sampai kastad jadi pekat dan lincin. Tutup api bila kastad mula berbuih.
    6. Tuang masuk kastad dalam bekas, ratakan adunan dan sejukkan.
  2. Cara-cara untuk kuah koktail:
    1. Tuang masuk air gula koktail, susu cair, gula putih, tepung kastad, esen/ ekstrak vanilla, garam dan air dalam periuk. Kacau sebati.
    2. Masak atas api perlahan. Masak sampai gula larut dan naik wap.
    3. Tutup api dan sejukkan.
    4. Tuang atas pudding kastad tadi.
    5. Hiaskan dengan buah koktail, laici dan buah naga.
    6. Sejukkan dalam peti sejuk beberapa jam sebelum hidang.

Tip:

  • Masa masak kastad pastikan kerap kacau untuk elak kastad berketul.
  • Boleh tambah buah lain macam strawberry atau kiwi untuk lebih cantik dan menarik.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.