
Pengat Pisang
Resepi Pingat Pisang yang menggunakan pisang tanduk sebagai pencuci mulut. Rasanya sedap, lemak masin secukup rasa dan diimbangi pula dengan rasa masam dari pisang tanduk. Boleh juga gunakan pisang lain seperti pisang nangka, pisang abu atau pisang berangan. Kebetulan ada pisang tanduk yang dijual terus Che Nom teringatkan pengat pisang.
Cara nak buat amatlah mudah sekali, cuma jika anda gunakan santan segar rasanya lebih sedap berbanding santan kotak. Che Nom dapat satu tips yang amat berguna dari penjual pisang ni yang berasal dari Kelantan. Pisang setelah dipotong haruslah direndam seketika dengan air kapur supaya isinya kenyal dan tidak hancur bila dimasak pengat. Selamat mencuba.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 3-4 biji pisang tanduk
- 2 mangkuk santan pekat
- 2 mangkuk santan cair
- (ATAU boleh gantikan dengan 2 santan kotak dan 2 cawan air)
- Iklan
- 1/2 cawan sagu, bersihkan
- 2-3 keping nisan/gula melaka
- 1/3 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan
- garam secukup rasa
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Buang kulit pisang tanduk dan hiris setebal 1-2 cm.
- 2Rendam dalam air kapur selama 1/2 jam (optional).
- 3Bilas pisang dan masukkan ke dalam periuk. Masak pisang bersama santan cair, sagu, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan garam secukup rasa di atas api yang perlahan. Kacau dengan kerap dan perlahan supaya santan tidak berketul.
- 4Masukkan pula santan pekat dan kacau seketika. Apabila kuah mula mendidih, tutup api dan siap untuk dihidangkan.
- •Pisang boleh direndam dengan air kapur seketika supaya isi menjadi kenyal dan tidak hancur.
- •Kuah santan harus dikacau dengan kerap di atas api perlahan supaya kuah tidak berketul.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






