ResepiCheNom
Puding Jagung Sedap

Resepi Puding Jagung Sedap

Prep 10 minMasak 10 minJumlah 20 min

Puding jagung manis lemak berkrim, memang sedap dan memikat selera. Cara buat pun mudah dengan sukatan senang ikut, sesuai jadi kuih atau pencuci mulut.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 1 tin jagung manis berkrim1 tin jagung manis berkrim
  • 1 cawan tepung kastard1 cawan tepung kastard125g
  • 1 cawan gula (kurangkan kepada 3/4 cawan jika suka kurang manis)1 cawan gula (kurangkan kepada 3/4 cawan jika suka kurang manis)200g
  • 1/2 cawan susu cair1/2 cawan susu cair123g
  • 2 sudu besar tepung jagung2 sudu besar tepung jagung14g
  • 1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil garam3g
  • 3 cawan santan (ATAU 1 kotak santan 200ml bersama 2 cawan air)3 cawan santan (ATAU 1 kotak santan 200ml bersama 2 cawan air)
  • 1 1/2 sudu besar majerin1 1/2 sudu besar majerin

Cara Buat Puding Jagung

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Masukkan jagung, tepung kastard gula, susu cair, tepung jagung, garam dan santan di dalam blender dan kisar. Tujuannya supaya jagung dikisar halus dan diadun sebati dengan bahan-bahan lain.
  2. 2
    Masukkan adunan kisar di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dan berkilat.
  3. 3
    Kemudian masukkan pula majerin dan kacau sehingga sebati.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1 cawan tepung kastard bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 125g (cawan US 240ml).
1 cawan gula (kurangkan kepada 3/4 cawan jika suka kurang manis) bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 200g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Jika anda tak suka jagung yang dikisar halus boleh adun bahan dalam periuk sahaja. Tak perlu di blender.
Video
Pengenalan

Resepi Puding Jagung, yang manis dan lemak berkrim. Sesuai dihidangkan sebagai kuih atau pencuci mulut.

Cara nak menyediakannya pula sangatlah mudah. Untuk resepi ini, Che Nom cuba mencari jalan yang paling mudah untuk sediakan puding jagung dan sukatannya pun senang untuk diikuti.

Rasanya memang memikat selera kami sekeluarga.

Diterbitkan pada 3 Disember 2016129K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru