ResepiCheNom
Pengat Pisang

Resepi Pengat Pisang

Prep 35 minMasak 20 minJumlah 55 minHidangan 4 orang

Pengat pisang tanduk yang lemak manis dengan sentuhan masin, ada sikit masam yang buat lagi sedap. Rendam pisang sekejap dalam air kapur supaya kenyal dan tak mudah hancur.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 3-4 biji pisang tanduk3-4 biji pisang tanduk
  • 2 mangkuk santan pekat2 mangkuk santan pekat
  • 2 mangkuk santan cair2 mangkuk santan cair
  • (ATAU boleh gantikan dengan 2 santan kotak dan 2 cawan air)(ATAU boleh gantikan dengan 2 santan kotak dan 2 cawan air)
  • 1/2 cawan sagu, bersihkan1/2 cawan sagu, bersihkan80g
  • 2-3 keping nisan/gula melaka2-3 keping nisan/gula melaka
  • 1/3 cawan gula pasir1/3 cawan gula pasir67g
  • 2 helai daun pandan2 helai daun pandan
  • garam secukup rasagaram secukup rasa

Cara Buat Pengat Pisang

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Buang kulit pisang tanduk dan hiris setebal 1-2 cm.
  2. 2
    Rendam dalam air kapur selama 1/2 jam (optional).
  3. 3
    Bilas pisang dan masukkan ke dalam periuk. Masak pisang bersama santan cair, sagu, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan garam secukup rasa di atas api yang perlahan. Kacau dengan kerap dan perlahan supaya santan tidak berketul.
  4. 4
    Masukkan pula santan pekat dan kacau seketika. Apabila kuah mula mendidih, tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1/2 cawan sagu, bersihkan bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 80g (cawan US 240ml).
1/3 cawan gula pasir bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 67g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Pisang boleh direndam dengan air kapur seketika supaya isi menjadi kenyal dan tidak hancur.
  • Kuah santan harus dikacau dengan kerap di atas api perlahan supaya kuah tidak berketul.
Pengenalan

Resepi Pingat Pisang yang menggunakan pisang tanduk sebagai pencuci mulut. Rasanya sedap, lemak masin secukup rasa dan diimbangi pula dengan rasa masam dari pisang tanduk. Boleh juga gunakan pisang lain seperti pisang nangka, pisang abu atau pisang berangan. Kebetulan ada pisang tanduk yang dijual terus Che Nom teringatkan pengat pisang.

Cara nak buat amatlah mudah sekali, cuma jika anda gunakan santan segar rasanya lebih sedap berbanding santan kotak. Che Nom dapat satu tips yang amat berguna dari penjual pisang ni yang berasal dari Kelantan. Pisang setelah dipotong haruslah direndam seketika dengan air kapur supaya isinya kenyal dan tidak hancur bila dimasak pengat. Selamat mencuba.

Diterbitkan pada 19 Disember 201680K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru