
Pengat Labu Manis
Pengat Labu Manis yang sedap dihidangkan sebagai pencuci mulut atau sebagai menu minum petang. Boleh dimakan bersama roti ataupun biskut. Kalau di sebelah utara hidangan ni dipanggil serawa labu. Che Nom memang suka sangat makan pengat labu ni. Bonda Che Nom selalunya akan rendam dahulu labu ni bersama air yang dicampur sedikit kapur makan seketika dan kemudian tapis sebelum dimasak. Tujuan supaya labu tak mudah hancur bila dimasak. Anda boleh cuba cara ni jika mahu.
Che Nom guna santan segar untuk pengat labu ni. Anda boleh gantikan dengan santan kotak jika suka (boleh rujuk bahagian tips).
Labu sangat kaya dengan kandungan vitamin A yang baik untuk mata. Labu juga dipercayai dapat mencantikkan kulit kerana mempunyai kandungan serat, mineral dan sumber antioksida yang tinggi. Macam-macam khasiat labu kan? Nak sediakannya pengat labu ni pun mudah aja.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1/2 biji labu
- 1/2 cawan air
- 2 sudu besar gula putih
- 2 helai daun pandan
- 1 mangkuk besar santan
- 1/3 cawan gula melaka ATAU 1 keping gula nisan
- 1/2 cawan sagu
- 1/2 -1 sudu kecil garam
- 1Rendam sagu dalam air dalam 15-30 minit. Tapis dan bilas dengan air.
- 2Kupas kulit labu, bersihkan dan potong kiub besar.
- 3Masukkan dalam periuk bersama air, gula putih serta daun pandan yang dicarik dan disimpul. Tutup periuk dan masak sehingga labu lembut.
- 4Masukkan santan, gula melaka, dan sagu yang direndam tadi. Pastikan api perlahan supaya santan tak berketul. Kacau-kacau sedikit kuah santan dan reneh sehingga mendidih.
- 5Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap sedia untuk dihidang.
- •Santan segar boleh diganti dengan 1 kotak santan cuma perlu lebihkan air supaya berkuah.
- •Rendam sagu sekejap supaya kembang kerana kita nak sagu cepat masak dan tak perlu direneh lama kerana takut santan akan mudah jadi berketul.
- •Pastikan labu sudah masak lembut barulah dimasukkan santan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
Rasa dah sedap. Lemak manis pun cukup. Tapi bila angkat dari pengukus, rupa kuih jadi hancur — permukaan berkedut, lapisan tak rata, siap ada ai...

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
Kuih lapis yang menjadi bukan sekadar manis. Ia mesti gedik, lembut, kenyal, dan paling penting — boleh ditarik selapis-selapis tanpa putus. Ra...

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
Pernah tak buat kuih lapis guna santan kotak, tapi hasilnya mengecewakan? Permukaan kuih penuh lubang-lubang kecil, tekstur kasar, tak licin macam ku...

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
Masa muda-muda dulu, Che Nom pernah ada satu cita-cita yang agak besar — nak jadi pramugari. Bukan kerana glamour atau uniform yang cantik, tet...

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...

Kenapa Ayam Perlu Dilap Kering Sebelum Digoreng atau Diperap?
Dalam banyak resipi Che Nom, ada satu langkah kecil yang selalu ditekankan: lap ayam sehingga kering sebelum digaul dengan garam, perasa atau tepung....
Resepi Berkaitan

Bubur Chacha
Dessert klasik lemak manis penuh dengan tekstur cha cha kenyal, keledek lembut, jagung rangup, dan sagu jernih yang memikat selera.
Diterbitkan pada 4 Oktober 2025

Bubur Durian & Pulut Kukus Paling Padu
Bubur durian pekat lemak manis dihidangkan bersama pulut kukus yang lembut dan wangi, pencuci mulut yang sangat istimewa!
Diterbitkan pada 29 Ogos 2025

Bubur Pulut Hitam Pekat Likat & Wangi Gula Melaka
Resepi bubur pulut hitam tradisional yang pekat, manis, dan dihidang bersama kuah santan lemak masin yang berkrim.
Diterbitkan pada 29 Ogos 2025

Kunafa Cheese Premium
Kunafa Cheese rangup di luar, melimpah keju di dalam!
Diterbitkan pada 8 Mac 2025

Churros
Churros rangup dengan cinnamon sugar, lengkap dengan coklat dan butterscotch dipping sauce. Video ini menunjukkan cara lengkap menyediakan doh churros, coklat dipping sauce dan butterscotch dipping sauce, serta tips menggoreng churros supaya rangup di luar dan lembut di dalam.
Diterbitkan pada 8 Februari 2024

Puding roti
undefined...
Diterbitkan pada 25 Mac 2023
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
Kuih lapis tradisional premium yang lembut, kenyal, berlemak santan dan wangi sirap ros, dengan lapisan yang boleh ditarik satu persatu.

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.