
Paprik Ayam Restoran Tomyam Thai
Kali ni jom kita tengok resepi Ayam Masak Paprik ala kedai tomyam yang pedas dan mantap.
Lama dulu Che Nom dah pernah share resepi ayam masak paprik, ni kira versi video baru, kualiti yang lebih bagus, kira versi upgrade dengan tambahan resepi sambal belacan yang bisa kita makan di restoran selatan Thai.
Menu ni cukup lengkap dengan macam-macam sayur, jadi mudahlah, sekali masak aja semua sekali lauk dan sayur.
Cara masakan nya tak susah sangat, cuma untuk lebih sedap perlu ada 1 bahan yang penting untuk naikkan rasa sedap ayam masak paprika baru lah mantap. Kombinasi kedua-dua nya ni, kalau makan dengan nasi putih panas, memang cukup sedap.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 batang serai
- 1-2 sudu besar cili kisar
- 2 ketul isi ayam (dada)
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 2-3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar pes cili Thai
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos ikan
- ½ batang lobak merah
- 1 sudu besar kicap manis
- 2 helai daun limau purut
- Sedikit air
- 4-6 tangkai cili padi
- 3-4 putik jagung
- Bunga kobis
- Kacang panjang
- ½ biji bawang holland
- Limau nipis
- 1Cincang kasar bawang putih, hiris nipis halia dan bawang holland, titik/ ketuk halia sampai pecah.
- 2Untuk sayur, carrot hiris menyerong, baby corn belah dua, kobis bunga potong kecil, kacang panjang potong 2 inci panjang dan cili padi buang tangkai dan belah hujung.
- 3Isi ayam potong kepada kiub kecil.
- 1Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan serai
- 2Masukkan cili kisar dan kacau sampai garing.
- 3Masukkan isi ayam dan serbuk lada putih kemudian kacau sampai separuh masak.
- 4Masukkan sos cili, pes cili thai / pes tomyam, sos tiram dan sos ikan.
- 5Masukkan carrot, kicap manis dan daun limau purut (carik dan buang tangkai)
- 6Tambah air untuk lebih berkuah dan masukkan cili padi, baby corn, bunga kobis, minyak cili thai, sayur kacang panjang dan bawang holland.
- 7Akhir sekali tambah sos ikan (untuk penambah rasa sebab Che Nom tak masukkan garam), perahan limau nipis dan cepat – cepat tutup api
- •Boleh tukar Pes cili thai dengan Pes Tomyum.
- •Masuk kacang panjang dan bawang holland waktu akhir supaya sayur masih ada rasa ranggup.
- •Che Nom tak masukkan garam dalam paprika, adjust masin dengan sos ikan sahaja.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Soalan: Kalau nak ganti pes cili Thai?
UmumBoleh, tiada masalah untuk ganti pes cili Thai. Dalam resepi ini, ia menyenaraikan "pes cili thai / pes tomyam," jadi anda boleh gunakan pes tomyam sebagai ganti. Kedua-duanya akan memberikan rasa pedas dan sedikit masam yang sedap untuk Paprik Ayam ini. Jika anda tiada kedua-duanya, cuba gunakan lebih sedikit sos cili atau cili kisar, tetapi rasa akhirnya mungkin sedikit berbeza. Selamat mencuba!
Soalan: Resepi ni boleh ganti dengan seafood tak?
UmumResepi ini menggunakan isi ayam sebagai bahan utama. Walaupun resepi ini khusus untuk ayam, anda boleh cuba menggantikannya dengan makanan laut ("seafood"). Perlu diingat, masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada jenis makanan laut yang anda gunakan. Udang, contohnya, masak lebih cepat daripada ayam.
Jika anda menggunakan makanan laut, pastikan ia segar dan elakkan daripada memasak terlalu lama supaya ia tidak menjadi liat. Anda mungkin mahu menyesuaikan sedikit perasa, seperti sos ikan atau limau nipis, mengikut citarasa anda. Selamat mencuba!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
5 Januari 2026

Bihun Goreng Lembut Tanpa Hancur: Teknik “Tutup 5 Minit” Tak Perlu Kacau Lama
5 Januari 2026

Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat

Ayam Sambal Berlada






