Resepi Nasi Lemak Bungkus

Nasi Lemak Bungkus
  • Masa Penyediaan: 45minit,
  • Masa Memasak:1½ jam,
  • Jumlah Hidangan:7-8 orang

Resepi Oleh: Che' Nom

Hi semua, untuk kali ini Che nom sediakan nasi lemak bungkus sebab rindu nak balik kampung tapi tak boleh sebab PKPB. Jadi kenalah buat sendiri kat rumah. Kat kampung Che nom memang banyak dijual nasi lemak bungkus kecil-kecil untuk sarapan pagi. Memang best sangat. Makan pula dengan kopi O atau teh O, sedap tak terkata. Cara masak nasi lemak kali ini lebih ringkas, tapi tetap sedap. Sambal tumis pula memang padu. Pekat, pedas, masam, manis semua cukup rasa. Sebungkus memang tak cukup ini.

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk kisar halus (sambal):
    • 1 ½ biji bawang besar
    • 4-5 biji bawang merah kecil
    • 4 ulas bawang putih
    • ½ inci halia
    • 25-35 biji cili kering
    • ½ inci belacan
    • ½ cawan ikan bilis
    • sedikit air
  • Bahan-bahan untuk sambal tumis:
    • ½ - 1 cawan minyak masak
    • ½ biji bawang besar
    • air asam jawa
    • gula melaka
    • ½ - 1 biji bawang holland
    • 1 helai daun pandan
    • garam secukup rasa
  • Bahan-bahan untuk nasi lemak:
    • 1 biji bawang merah kecil
    • 1 inci halia
    • 3 cawan beras
    • 4 ½ cawan (santan + air)
    • 1 helai daun pandan
    • ½ sudu kecil halba (optional)
    • garam secukup rasa
  • Bahan-bahan untuk hidang:
    • kacang tanah goreng
    • ikan bilis
    • telur rebus
    • telur goreng
    • timun

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk sambal tumis:
    1. Rebus cili kering dengan air secukupnya hingga tenggelam sebelum dikisar, lalu toskan air.
    2. Panaskan minyak dan tumis hirisan halus bawang besar sekadar lembut.
    3. Masukkan bahan kisar halus, sedikit air, air asam jawa, dan gula melaka. Masak sehingga sambal pekat dan kering dengan api yang sederhana.
    4. Selepas anggaran 40 minit, masukkan bawang holland, tambah pandan jika mahukan sambal lebih wangi, dan garam secukup rasa.
    5. Masak dalam anggaran 15 minit sampai bawang holland menjdai lembut.
  2. Cara-cara untuk nasi lemak:
    1. Panaskan minyak bersama majerin hingga mendidih
    2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung gandum. Tuang cairan minyak
    3. Hiris nips bawang merah kecil dan halia.
    4. Panaskan minyak. Tumis bahan hiris nipis, daun pandan dan beras.
    5. Masukkan santan dan air, garam secukup rasa, halba (pilihan) lalu pindahkan semua kedalam periuk nasi.
  3. Cara-cara untuk hidang:
    1. Rebus telur dan potong timun.
    2. Goreng kacang tanah sehingga kekuningan dengan api yang perlahan dan kerapkan menggacau untuk mengelakkan ia hangus.
    3. Goreng ikan bilis sehingga garing. Bila sudah tak berbuih minyak, angkat dan tos minyak.
    4. Sediakan kertas balutan dan letakkan daun pisang menegak dari kertas, lalu sukat nasi dengan cawan dan letak di atas daun pisang.
    5. Hiaskan di atas nasi lemaktelurm timun, kacang tanah, ikan bilis dan sambal tumis.
    6. Balut nasi lemak dengan kemas.

Tips:

  • Jika menggunakan cili kering untuk diuat sambal, rebus dan dibuang biji.
  • Selepas rebus telur, rendamkan ia sekejap dalam air paip untuk memudahkan mengupas kulitnya nanti.
  • Kacang tanah yang sudah kekuningan, hendaklah diangkat segera kerana proses memasak masih berlaku walaupun sudah diangkat. Boleh saja diletakkan bawah kipas untuk elakkan hangus.
  • Jika inginkan biji cili kering hancur semasa dikisar, boleh ditambah sedikit minyak masak.
  • Jika memasak sambal, minyak haruslah lebih agar cili cepat masak dan dimasak sempurna dan boleh saja menggunakan minyak bekas goreng ikan bilis.
  • Jika menggunakan santan kotak, letakkan minyak sedikit, jika santan asli tak mengapa.
  • Layur daun pisang untuk menggelakkan ia mudah koyak untuk dipotong.

Youtube

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: