Nasi Lemak Bunga Telang

Che Nom nak kongsi satu menu yang sangat menarik iaitu Nasi Lemak Bunga Telang, yang dihidangkan dengan sambal udang dan telur dadar. Dan resepi kali dibawakan khas oleh Jabatan Wilayah Persekutuan sempena 50 tahun penubuhan Wilayah Persekutuan.

Mula-mula Che Nom akan tunjuk cara untuk dapatkan extract warna dari bunga telang, kemudian kita akan masak nasi lemak yang berwarna biru hasilnya.Kemudian Che Nom akan tunjuk cara masak sambal udang dengan tips masak udang untuk hasil sambal yang sedap. Dan juga cara masak telur dadar yang ringkas dan menarik hasilnya. Ketiga-tiga warna biru, merah dan kuning ni mewakili warna bendera Wilayah Persekutuan.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan Nasi Lemak Bunga Telang:
    • 2 cwn beras
    • 1/2 inci halia
    • 1/2 biji bawang merah kecil
    • 1 sk biji halba
    • 2 helai daun pandan
    • 1/2 cwn santan kotak
    • 1/2 cwn air
    • 2-2 1/2 cwn air rendaman bunga telang
    • 1 sk garam
  • Bahan-bahan sambal udang:
    • 1/2 bawang besar (tumis)
    • 5 biji bawang merah kecil
    • 4 ulas bawang putih
    • 1/2 inci halia
    • 1/2 bawang besar
    • 15-20 tangkai cili kering
    • 1 cwn air
    • 1-2 sb gula melaka
    • 1 sb sos tiram
    • Sedikit air asam jawa
    • Garam secukup rasa
    • 5 ekor udang XL
  • Bahan-bahan lain-lain:
    • 1 cwn minyak masak
    • 1/2 cwn kacang tanah
    • 1 mangkuk ikan bilis
    • Timun
  • Bahan-bahan telur dadar:
    • 1 biji telur
    • 1/4 sk garam
    • 1/4 sk serbuk kunyit

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara nasi lemak bunga telang:
    1. Hiris nipis bawang merah dan halia.
    2. Rendam bunga telang dengan air panas selama 15-20 minit atau sampai warna luntur.
    3. Basuh dan toskan beras.
    4. Masuk dalam periuk, beras, hirisan halia, hirisan bawang merah, biji halba, daun pandan, santan, air kosong, air rendaman bunga telang dan garam. Gaul sebati.
    5. Kemudian masak, guna rice cooker je senang.
  2. Cara-cara sambal udang:
    1. Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia dan bawang besar.
    2. Kisar halus bahan potong kasar, cili kering dan air.
    3. Potong bawang besar untuk tumis dan hiasan.
    4. Panaskan minyak kemudian goreng kacang tanah dan ikan bilis sampai perang. Angkat dan ketepikan
    5. Goreng udang separuh masak kemudian angkat dan ketepikan.
    6. Tumis bawang besar sampai lembut.
    7. Masuk bahan kisar halus dan air. Masak sampai pecah minyak.
    8. Masuk gula melaka, sos tiram, air asam jawa dan garam.
    9. Sambung masak, ulang tambah air dan masak sampai pecah minyak 2-3 kali.
    10. Masukkan udang dan hirisan bawang merah.
    11. Gaul sebati dan boleh tutup api.
  3. Cara-cara telur:
    1. Pecahkan telur dan pukul dengan garam dan serbuk kunyit.
    2. Panaskan minyak dan goreng telur dadar sampai masak.

Tip:

  • Nisbah beras dan air adalah 1: 1/2, kalau guna beras yang agak keras, boleh lebihkan air.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.