
Nasi Goreng Kampung
Menu kali ini, Nasi goreng kampung. Untuk dapatkan nasi goreng kampung yang berderai dan garing, kita perlu guna nasik sejuk (nasi semalam) dan goreng dengan bahan tumisan seperti ikan bilis, bawang, cili padi, belacan bakar.
Che Nom tambah pula satu ramuan special iaitu sambal belacan. Mantap sangat lah hasil nasi goreng kampung ni. Dengan rasa yang pedas, rasa ikan bilis, kerangupan sayur batang kangkong dan rasa wangi dari belacan, memang betul-betul cara kampung. Jom lah cuba.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 4 cawan nasi sejuk
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah kecil
- 6-8 tangkai cili padi
- 2 sb ikan bilis
- 1 ketul isi ayam
- 1 ikat kangkung
- 1 inci belacan
- 1 sk garam
- 2 biji telur
- 1-2 sb kicap manis
- 1-2 sb sambal belacan
- 1 cawan ikan bilis
- Timun
- Cili merah
- 1Daun kangkung, potong dan asingkan batang dan daun.
- 2Isi ayam buang lemak dan tulang kemudian potong kepada ketulan kecil.
- 3Cincang kasar bawang merah kecil dan bawang putih.
- 4Potong kasar cili padi.
- 5Tumbuk halus ikan bilis, bawang putih, bawang merah dan cili padi.
- 6Panaskan minyak dan goreng telur. Kacau biar hancur. Angkat dan ketepikan.
- 7Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan.
- 8Tumis bahan tumbuk sehingga garing.
- 9Masukkan belacan bakar dan isi ayam. Kacau sampai ayam separuh masak.
- 10Masukkan batang kangkung dan sambal belacan (lebihkan belacan dan cili padi kalau tak nak masuk sambal belacan).
- 11Masukkan nasi sejuk dan kacau sebati.
- 12Masukkan garam, telur, daun kangkung, kicap pekat manis dan ikan bilis goreng (simpan sikit untuk taburan akhir). Kacau sebati
- 13Hidangkan bersama ikan bilis goreng, hirisan timun dan cili merah.
- •Nasi perlu simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum masak untuk dapatkan texture nasi goreng yang berderai dan garing.
- •Kalau tak nak masukkan sambal belacan, boleh lebihkan cili padi dan belacan bakar.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Nasi Goreng Kampung
Resepi Nasi Gorang Kampung, sajian kegemaran ramai. Sedap dan simple, sesuai untuk makan makan, enak di hidang bersama s...
Diterbitkan pada 18 Mei 2014

Sambal Tumis Ikan Kembung
Sambal Tumis Ikan Kembung, menu ala-ala kampung yang tak jemu dimakan. Paling sedap jika dimakan bersama sayur tumis air...
Diterbitkan pada 25 Januari 2018

Sambal Tumis Ikan Bilis dan Terung Pipit
Masakan ala kampung yang pasti menjadi pembuka selera. ...
Diterbitkan pada 18 Mac 2014

Gulai Daging Utara Istimewa
Resepi pada kali ini memang sungguh istimewa. Saya kongsikan Resepi Gulai Daging Utara yang sedap, lebih kurang sama den...
Diterbitkan pada 6 September 2014
Nasi Lemak Bungkus
Hi semua, untuk kali ini Che nom sediakan nasi lemak bungkus sebab rindu nak balik kampung tapi tak boleh sebab PKPB. Ja...
Diterbitkan pada 12 April 2022

Kek Marble Kampung
Sejak 2-3 hari teringin sangat nak makan kek, dan Che Nom ni penggemar kek yang biasa-biasa aje, yang tak fancy sangat d...
Diterbitkan pada 15 Januari 2025
Resepi Terbaru

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.