Resepi Nasi Daging & Air Asam Kerisik Utara

Nasi Daging & Air Asam Kerisik Utara
  • Masa Penyediaan: 1jam 40-50minit,
  • Masa Memasak:2jam,
  • Jumlah Hidangan:6-7 orang

Resepi Oleh: Che' Nom

Bersempena Hari Raya Aidiladha yang baru saja berlalu, Che Nom nak sediakan permintaan ramai iaitu Nasi Daging Utara dan Air Asam Kerisik. Ada 3 bahagian iaitu pertama, nasi yang dimasak bersama air rebusan daging, campuran rempah dan bahan-bahan lain. Kedua, dihidangkan pula bersama air asam kerisik yang pedas, pekat masam, lemak berkerisik dan manis secukup rasa. Yang ketiga, sup kosong yg dimasak dari air rebusan daging sebagai pelengkap hidangan.

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk rebusan daging:
    • Anggaran 1 kilo daging
    • 1 inci halia
    • 1 ulas bawang putih
    • 1-2 sudu kecil rempah kurma
    • 1 sudu kecil lada hitam biji
    • 1 sudu kecil garam
    • 7-8 cawan air
  • Bahan-bahan untuk air asam kerisik:
    • 300g tepung gandum
    • 1/4 cawan minyak masak
    • 1 biji tomato
    • 1 biji bawang besar
    • biji tomato (kisar bersama anggaran bawang besar)
    • 1 inci belacan
    • 1 cawan air asam jawa
    • sedikit garam
    • 1-2 sudu besar gula
    • 1 sudu besar kicap manis
    • 6-10 tangkai cili padi
    • 2 sudu besar kerisik
    • Sedikit perahan limau nipis
  • Bahan-bahan untuk nasi:
    • 150g tepung beras
    • 125g majerin
    • cawan minyak masak
    • 2 sudu besar mentega
    • 3 ulas bawang putih
    • biji bawang holland
    • 2 helai daun pandan
    • Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 4 pelaga, 3 cengkih)
    • 1 sudu besar rempah kurma
    • 1 sudu besar rempah briyani
    • Akar ketumbar
    • Batang sup
    • 1 biji tomato
    • 3 cawan beras
    • 1 mangkuk kecil kismis
    • 4 cawan air rebusan daging
    • cawan susu cair
    • Sedikit garam
    • -1 kiub ayam
    • Daun ketumbar
    • Bawang goreng
  • Bahan-bahan untuk sup:
    • Baki air rebusan daging
    • Sedikit garam
    • 1 sudu kecil lada sulah
    • Batang/daun sup
  • Bahan-bahan untuk hiasan:
    • Daun salad
    • Daun ketumbar
    • Bawang goreng

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk sup:
    1. Rebus daging bersama hirisan halia, bawang putih dan air.
    2. Masukkan rempah kurma, lada hitam biji, dan sedikit garam. Rebus sehingga daging lembut lebih kurang dalam 45-60 minit.
    3. Masak baki air rebusan daging dengan sedikit garam, lada sulah dan batang/daun sup. Masak sehingga mendidih.
  2. Cara-cara untuk air asam kerisik:
    1. Kisar halus tomato, bawang besar, belacan bakar, air asam jawa, sedikit garam dan gula.
    2. Masukkan bahan kisar bersama hirisan tomato dan bawang besar, kerisik, sedikit perahan limau nipis, cili padi dan sedikit garam serta gula. Gaul dan ramas sekata kesemua bahan.
    3. Masukkan kicap manis dan tambah air jika terlalu pekat
  3. Cara-cara untuk nasi:
    1. Rendam beras selama 1 jam.
    2. Tapis dan toskan air rendaman.
    3. Bancuh rempah briyani dan rempah kurma bersama air.
    4. Panaskan minyak. Goreng hirisan bawang merah kecil sehingga garing.
    5. Tumis hirisan nipis halia, bawang putih dan bawang holland serta simpulan daun pandan, mentega, rempah 4 sekawan, bancuhan rempah, akar ketumbar, batang sup dan hirisan tomato. Tumis sehingga tomato hancur dan rempah garing.
    6. Masukkan beras dan goreng selama 3-4 minit.
    7. Tambah kismis, air rebusan daging, sedikit garam, susu cair dan kiub ayam (pilihan).
    8. Susun daging dan tulang diatas beras lalu masak sehingga nasi kering dan lembut.
    9. Selepas nasi sudah masak, tabur daun ketumbar dan bawang goreng diatas nasi.
    10. Biarkan nasi rehat seketika dan sedikit sejuk sebelum digaul.
  4. Cara-cara untuk hidangan:
    1. Keluarkan daging didalam nasi dan hiris nipis.
    2. Hidangkan dengan hiasan daun salad, hirisan daging, taburan bawang goreng, daun ketumbar dan limau nipis.
    3. Kemudian, nasi daging siap untuk dihidangkan bersama air asam kerisik serta sup kosong.

Tips:

  • Air rebusan daging mestilah lebih sukatannya untuk digunakan memasak nasi dan sebagai sup.
  • Air sukatan untuk digunakan memasak nasi adalah satu cawan beras bersamaan 1 cawan air. Contohnya, 3 cawan beras bersamaan 4 cawan air rebusan daging.
  • Kacau dan ramas air asam kerisik menggunakan tangan ketika menggaul kesemua bahan untuk menambah lagi kesedapannya.
  • Selain mentega, boleh juga digantikan dengan minyak sapi.

Youtube

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: