ResepiCheNom
Nasi Briyani Ekonomi

Resepi Nasi Briyani Ekonomi

Prep 45 minMasak 1 jamJumlah 1 jam 45 minHidangan 4 orang

Resepi nasi briyani telur yang sedap, jimat dan mudah, guna beras biasa pun jadi. Kuah briyani dimasak dulu, lepas tu buat nasi dan susun telur serta kentang di atas.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Perapan Telur

  • 8 biji telur rebus8 biji telur rebus
  • 1 sk serbuk kunyit1 sk serbuk kunyit
  • 1 sk serbuk kari1 sk serbuk kari

Bahan Briyani Telur

  • Minyak masakMinyak masak
  • 2 biji kentang2 biji kentang
  • 1/2 sk garam1/2 sk garam
  • 2 biji bawang besar2 biji bawang besar
  • 1-2 sb majerin1-2 sb majerin
  • Rempah 4 sekawanRempah 4 sekawan
  • 1/2 sb biji lada hitam (pilihan)1/2 sb biji lada hitam (pilihan)
  • 2 biji cili hijau2 biji cili hijau
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih2 ulas bawang putih
  • 1 helai daun pandan1 helai daun pandan
  • 2 sb rempah briyani2 sb rempah briyani
  • 1/2 sb serbuk cili1/2 sb serbuk cili
  • 2 biji tomato2 biji tomato
  • 1 sk garam1 sk garam
  • 1/2 cwn susu krim penuh1/2 cwn susu krim penuh
  • ATAU yogurtATAU yogurt
  • 1 kiub pati ayam1 kiub pati ayam

Bahan Nasi Briyani

  • 2 cwn beras2 cwn beras
  • 1 cwn susu krim penuh1 cwn susu krim penuh
  • 1 1/2 cwn air1 1/2 cwn air
  • Daun ketumbarDaun ketumbar
  • Pewarna oren (pilihan)Pewarna oren (pilihan)

Bahan Salad

  • Daun ketumbarDaun ketumbar
  • 1 sb gula1 sb gula
  • 1/4 sk garam1/4 sk garam
  • 1 batang timun1 batang timun
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • 1/2 biji bawang holland1/2 biji bawang holland
  • 1/4 sk serbuk lada hitam1/4 sk serbuk lada hitam
  • Sedikit jus lemonSedikit jus lemon

Cara Buat Nasi Briyani

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Nasi Briyani Telur

  1. 1
    Tabur bawang goreng dan daun ketumbar.
  2. 2
    Potong bawang besar, daun ketumbar, cili hijau dan tomato.
  3. 3
    Parut halia dan bawang putih.
  4. 4
    Kentang kupas kulit, basuh, potong wedges dan gaul dengan sedikit garam.
  5. 5
    Kupas telur rebus dan kelar sikit. Gaul telur dengan serbuk kunyit dan serbuk kari.
  6. 6
    Basuh beras dan toskan air.
  7. 7
    Panaskan minyak dan goreng kentang sampai perang. Kemudian angkat dan toskan minyak.
  8. 8
    Goreng bawang merah sampai garing. Angkat dan toskan minyak.
  9. 9
    Goreng telur perap tadi. Bila dah garing boleh angkat dan ketepikan dulu.
  10. 10
    Tambah majerin dan tumis rempah 4 sekawan, biji lada hitam dan cili hijau.
  11. 11
    Masukkan pes halia, bawang putih dan daun pandan.
  12. 12
    Masuk rempah briyani, serbuk cili dan sedikit air. Tumis sampai rempah pekat dan pecah minyak.
  13. 13
    Masuk tomato, 1/2 bawang goreng, garam, susu (atau yogurt), telur, kiub pati ayam dan kentang goreng. Kacau sampai bergaul sebati.
  14. 14
    Keluarkan kentang, telur dan separuh kuah.
  15. 15
    Tuang masuk beras dan goreng sekejap.
  16. 16
    Masukkan susu full cream, air dan batang ketumbar. Tambah garam kalau perlu. Masak sampai kering.
  17. 17
    Bila nasi dah masak boleh susun kentang, telur dan baki kuah atas nasi.
  18. 18
    Buat lubang pada nasi dan titis masuk sedikit pewarna oren.
  19. 19
    Tutup tudung periuk semula, biar nasi kering dan serap air.

Salad

  1. 1
    Potong dadu timun, tomato dan bawang holland.
  2. 2
    Masukkan serbuk lada hitam, daun ketumbar, garam, gula dan jus lemon.
  3. 3
    Gaul sebati dan sedia untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Buang isi tengah timun sebab nak elak salad berair sangat nanti.
  • Boleh sambung masak nasi dalam rice cooker atau pressure cooker untuk lebih senang.
Video
Pengenalan

Assalamualaikum, kali ni Che Nom nak share resepi nasi briyani telur. Menu yang sedap dan menjimatkan. Biasa kalau masak kita guna ayam ayam atau daging, apa kata cuba buat versi telur pulak. Kentang pon ada letak juga diletak dalamm masakan ni.

Dalam vdeo ni Che Nom masak nasi guna beras biasa, bukan beras basmathi. Untuk student pun sesuai sangat, sekali masak ramai-ramai boleh kongsi makan.

Mula-mula kita masak dulu lauk briyani telur berkuah, dan kemudian masak nasi dengan baki kuah tadi dan akhir sekali baru kita susun telur dan kentang di atasnya. Bau semerbak harum bawang goreng dan ketumbar yang ditabur cukup buatkan terliur nak makan.

Diterbitkan pada 1 Januari 20245.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru