
Nasi Ayam Penyet Sangat Sedap
Nasi Ayam Penyet yang asalnya dari negara jiran iaitu Indonesia, ada pelbagai versi untuk sediakan hidangan ni, dan Che Nom akan tunjukkan cara yang biasa buat kat rumah. Kalau makan ramai-ramai bersama keluarga memang best sangat. Nasi Ayam penyet yang sedap terletak pada sambal nya yang mesti pedas cukup rasa semuanya, dan juga perapan ayam tu sendiri.
Sambal yang Che Nom buat akan lebih, anggaran untuk 2-3 ekor ayam, Che Nom akan simpan lebihan sambal ni, anda boleh masak 1/2 sukatan kalau lebih. Sambal ni kalau masak dan simpan elok-elok dalam balang dan peti sejuk boleh tahan lama, kalau nak masak macam nasi goreng atau maggi goreng sangat senang dan sedap, nak makan dengan nasi putiih pon boleh. Untuk sambal hitam lebih sedap guna kicap manis pekat jenama ABC, kalau tak ada boleh guna kicap manis saja.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 3 inci halia
- 6 ulas bawang putih
- 1 ekor ayam, potong 4
- Bahan tumbuk halus 1
- 2 inci lengkuas
- 3 keping daun salam
- 1 ketul kiub ayam
- Anggaran 2 liter air
- **Bahagi air rebusan kepada 3 : 1 bekas untuk nasi,1 bekas untuk sup, dan 1 cawan lebih aja untuk bancuhan tepung
- 1 sup bunjut
- Sedikit air, untuk lebih berkuah
- Sedikit potongan batang sup
- 1/2 sudu kecil lada sulah
- Garam secukup rasa
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1/2 sudu kecil jintan manis
- 1/2 sudu kecil jintan putih
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 3 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1/2-1 sudu besar serbuk kari daging
- 1/2 sudu kecil lada sulah
- 1/2 sudu kecil garam
- Bahan tumbuk halus 2
- 3 cawan beras
- 4 1/2 cawan air rebusan ayam
- 2 helai daun pandan
- Sedikit garam
- 1 cawan minyak masak
- 1 genggam ikan bilis
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang merah
- 4-5 ulas bawang putih
- 10 biji cili merah besar
- 10-15 biji cili padi
- 3 biji tomato,saiz besar
- 1 sudu besar belacan
- 2 sudu kecil gula, atau lebih
- Garam secukup rasa
- 2 biji perahan jus limau nipis
- 1 senduk sambal merah **yang belum goreng (di atas)
- 1/2 cawan kicap pekat manis,lebih sedap guna kicap manis pekat jenama ABC
- Lebihan rempah perapan ayam
- 1 cawan tepung beras
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- Anggaran 1 cawan air rebusan ayam
- 1 keping tempe
- 3 ketul tauhu
- Sayur kobis
- Sayur kacang panjang
- Hirisan daun sup
- Hirisan daun bawang
- 1Potong kasar lengkuas kemudian tumbuk sikit biar pecah.
- 2Potong kasar bawang putih dan halia. Tumbuk sampai lumat kemudian bahagi dua (1 untuk rebusan ayam / 1 untuk perapan ayam).
- 3Potong kasar tomato, cili merah, cili padi, bawang besar, bawang merah kecil dan bawang putih.
- 4Hiris nipis daun sup dan daun bawang untuk taburan.
- 5Hiris limau nipis (boleh ganti limau kasturi).
- 6Gaul ayam dengan bawang putih dan halia tumbuk tadi. Masukkan lengkuas, daun salam (pilihan), kiub pati ayam dan air. Kemudian rebus ayam sampai empuk (anggaran 15 minit).
- 7Bila ayam dah siap rebus, angkat ayam keluar dan ketepikan.
- 8Simpan separuh (atau lebih) sup ayam untuk nasi dan adunan tepung.
- 1Untuk baki sup ayam tadi, masukkan sup bunjut, daun sup (bahagian batang), lada sulah, garam, serbuk ketumbar, sebuk jintan manis dan serbuk jintan putih.
- 2Masak sup sampai mendidih.
- 1Perap ayam rebus dengan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk kari daging, lada sulah, garam, bawang putih dan halia tumbuk tadi.
- 2Gaul sebati ayam dan perap 2-3 jam.
- 3Keluarkan ayam.
- 4Gaul tempe dan tauhu dengan baki perapan ayam tadi. Keluarkan dan ketepikan.
- 5Dalam mangkuk perapan tadi, masukkan tepung beras, telur, garam dan sedikit demi sedikit air rebusan ayam
- 6Bancuh sampai sebati (jangan pekat sangat, biar cair baru ayam garing).
- 7Salut ayam dan tauhu dalam adunan tepung.
- 8Panaskan minyak dan goreng ayam, tempe dan tauhu sampai garing (tak perlu goreng ayam lama-lama takut isi ayam kering).
- 9Goreng lebihan tepung salutan sebagai hiasan (kriuk-kriuk). Goreng sampai rangup dan angkat.
- 1Sukat beras, masukkan daun pandan dan air rebusan ayam (kalau tak cukup boleh tambah air putih).
- 2Kemudian masak nasi macam biasa.
- 1Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan.
- 2Goreng bawang besar, bawang merah dan bawang putih sampai layu. Angkat dan ketepikan.
- 3Goreng cili padi dan cili merah. Bila cili dah layu angkat.
- 4Goreng tomato sampai lembut kemudian angkat
- 5Goreng belacan sampai naik bau kemudian angkat.
- 6Tumbuk kasar kesemua bahan goreng tadi (Che Nom guna food processor je).
- 7Ambil 1 senduk bahan kisar (untuk sambal hitam) dan ketepikan dahulu.
- 8Masukkan baki bahan kisar tadi kedalam kuali (kuali yang sama goreng tadi).
- 9Masukkan gula, garam dan jus limau nipis (boleh ganti air asam jawa). Kacau sebati.
- 1Ambil 1 senduk bahan tumbuk / kisar tadi dan tambah kicap pekat manis.
- 2Kisar sampai sebati.
- 3Perah sedikit jus limau purut dan kacau sebati.
- 1Ketuk atau penyet ayam sebelum hidang.
- 2Susu nasi, ayam, tempe dan tauhu goreng dan sambal ke dalam pinggan
- 3Hidang bersama kobis dan hirisan timun.
- 4Jangan lupa tabur serbuk kriuk-kriuk rangup.
- •Nak masak ayam penyet jangan guna ayam besar nanti tak sedap.
- •Potong kasar atau patahkan 2 cili padi dan cili merah supaya cili tak meletup bila digoreng.
- •Tak perlu goreng ayam lama-lama sebab ayam dah rebus tadi, kalau goreng lama sangat nanti isi ayam kering, cukup sekadar garing dan rangup diluar.
- •Jangan lupa untuk ketuk atau penyet ayam sebelum hidang.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan

Bubur Ayam Ala Mcd Dan Garlic Oil
Jom tengok kali ni Che Nom nak sediakan Bubur ayam ala MCD. Bahan-bahannya tak lah banyak sangat, dan cara nak masak pun...
Nasi Lemak Bungkus
Hi semua, untuk kali ini Che nom sediakan nasi lemak bungkus sebab rindu nak balik kampung tapi tak boleh sebab PKPB. Ja...

Sambal Nasi Lemak versi niaga
Sambal tumis nasi lemak versi niaga untuk kuantiti satu kuali besar, resepi ni ditunjuk cara masak dengan nisbah campuran cili yang sesuai untuk semua golongan, tak pedas sangat dan sedang elok rasanya.

Nasi Briyani Ekonomi
Assalamualaikum, kali ni Che Nom nak share resepi nasi briyani telur. Menu yang sedap dan menjimatkan. Biasa kalau masak...

Pes Nasi Goreng Kampung
Kali ni Che Nom nak share idea masakan yang sangat lah membantu mudahkan kerja kita memasak di dapur, iaitu cara untuk m...

Nasi Goreng Kerabu Restoran Thai
Untuk resepi kali ini, Che Nom nak sediakan menu goreng-goreng yang ringkas tapi sedap, iaitu Nasi Goreng Kerabu yang pe...