ResepiCheNom
Nasi Briyani Daging One Pot

Resepi Nasi Briyani Daging One Pot

Prep 1 jam 5 minMasak 45 minJumlah 1 jam 50 minHidangan 8 orang

Resepi mudah Nasi Briyani Daging yang sesuai untuk hidangan hari raya. Cara memasak cukup ringkas, hanya guna satu periuk. Daging briyani yang berempah dan berlemak dimasak bersama nasi basmati yang lembut dan fluffy. Hasilnya, nasi briyani yang sedap dengan rasa yang sebati.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Daging Briyani

  • 2 biji tomato2 biji tomato
  • 2 sb minyak sapi2 sb minyak sapi
  • 2 sb minyak masak2 sb minyak masak
  • Rempah 4 sekawan (4 cengkih, 1 kayu manis, 2 bunga lawang, 4 buah pelaga)Rempah 4 sekawan (4 cengkih, 1 kayu manis, 2 bunga lawang, 4 buah pelaga)
  • 2 helai daun salam2 helai daun salam
  • 1 biji bawang holland1 biji bawang holland
  • 1/2 sb biji lada hitam1/2 sb biji lada hitam
  • 2 inci halia2 inci halia
  • 5 ulas bawang putih5 ulas bawang putih
  • 3 sb rempah briyani3 sb rempah briyani
  • 3/4 sb serbuk cili3/4 sb serbuk cili
  • 1 sk serbuk kunyit1 sk serbuk kunyit
  • 3 tangkai cili hijau besar3 tangkai cili hijau besar
  • 1/2 sb serbuk seasoning1/2 sb serbuk seasoning
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • 1.5 kilo daging bertulang1.5 kilo daging bertulang
  • Air rebusan (agak tenggelam daging)Air rebusan (agak tenggelam daging)
  • 1 sk rempah garam masala (pilihan)1 sk rempah garam masala (pilihan)
  • 1/2 tin Susu Isian Sejat F&N1/2 tin Susu Isian Sejat F&N
  • Sedikit perahan jus lemonSedikit perahan jus lemon
  • Daun ketumbarDaun ketumbar
  • Daun pudinaDaun pudina

Bahan Nasi Briyani

  • 4-5 liter air (untuk rebus)4-5 liter air (untuk rebus)
  • 4 kuntum cengkih4 kuntum cengkih
  • 4 biji buah pelaga4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang2 kuntum bunga lawang
  • 2 helai daun salam2 helai daun salam
  • 1-2 sb garam1-2 sb garam
  • 4 cwn beras basmati4 cwn beras basmati
  • Sedikit minyak masakSedikit minyak masak
  • 1 mangkuk bawang goreng1 mangkuk bawang goreng
  • Pewarna kuning & orenPewarna kuning & oren

Cara Buat Nasi Briyani Daging

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Daging

  1. 1
    Rebus daging bertulang 45 minit dalam pressure cooker atau sampai lembut
  2. 2
    Hiris nipis bawang holland,
  3. 3
    Potong dua cili hijau besar
  4. 4
    Tomato potong kasar.
  5. 5
    Kisar halus bawang putih dan halia.
  6. 6
    Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumis rempah 4 sekawan, daun salam dan bawang holland sampai layu.
  7. 7
    Masukkan pes bawang putih dan halia
  8. 8
    Masuk tomato dan kacau sampai tomato lembut.
  9. 9
    Masukan rempah briyani, serbuk cili, serbuk kunyit dan sedikit ait.
  10. 10
    Masukkan cili hijau, serbuk seasoning, garam dan air rebusan daging. Masak anggaran 10 minit.
  11. 11
    Masukkan daging dan masak sampai daging sebati dengan kuah.
  12. 12
    Masukkan garam masala, Susu Sejat F&N, jus lemon, daun ketumbar dan daun pudina. Masak sampai kuah pecah minyak.

Nasi

  1. 1
    Rendam beras 10 minit kemudian toskan air.
  2. 2
    Masak air dengan cengkih, buah pelaga, bunga lawang, daun salam dan garam.
  3. 3
    Lepas dah mendidih, masukkan beras dan rebus sampai lembut, agak-agak 80% masak.
  4. 4
    Tuang minyak sikit kemudian toskan air.
  5. 5
    Masukkan separuh nasi dalam kuali kemudian lapis dengan separuh daging briyani tadi.
  6. 6
    Tabur daun ketumbar, daun pudina, bawang goreng, titiskan pewarna oren dan kuning sikit.
  7. 7
    Lapiskan dengan baki nasi, titis pewarna dan tuang masuk semua baki daging briyani.
  8. 8
    Tabur dengan daun ketumbar, daun pudina, bawang goreng.
  9. 9
    Tutup rapat, masak atas api perlahan selama 15-20 minit atau sampai naik wap panas.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Selepas rebus daging, boleh tunggu sejuk beku untuk buang. Nak terus senduk pon boleh tapi lambat sikit lah.
  • Untuk masakkan berkuah, bawang kena tumis layu je kalau goreng garing nanti liat pulak.
  • Boleh ganti pewarna dengan saffron kalau ada budget lebih.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Disebabkan nasi Che Nom dah kering, Che Nom drizzle air 1/4-1/2 cwn sebelum masak nasi kali kedua (dengan daging briyani).
Video
Pengenalan

Jom tengok che nom share resepi special yang sangat sesuai untuk dimasak sempena hari raya yang dah tak lama lagi iaitu nasi briyani daging. Cara masakkan ni memang cukup mudah kerana semuanya kita gabung dalam satu periuk tak perlu tumis banyak-banyak kali.

Mula-mula kita sediakan daging masak briyani yang berempah dan lemak berkrim kuahnya. Kemudian rebus pula beras basmati untuk hasil nasi yang lembut dan fluffy. Akhir sekali kita lapiskan masakkan daging dan juga nasi.

Rasa nasi briyani daging ni memang sedap sangat, cukup sebati rasa nasinya tu, dengan kuah pekat daging briyani yang dimasak menggunakan Susu Isian Sejat F&N. Masakan jadi extra berkrim dan beraroma. Tanpa kolesterol dan asid lemak trans, memang pilihan yang lebih sihat untuk orang tersayang. Tradisi dihargai. Kenikmatan dirasai.

Diterbitkan pada 2 Mei 202417.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru