Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.

Resepi Breakfast Bar

Prep 15 minMasak 25 minJumlah 1 jam 10 minHidangan orang

Breakfast Bar ni sesuai untuk sarapan cepat tapi tetap berkhasiat, rangup di luar dan lembut di dalam. Boleh buat awal-awal, simpan dan capai je bila nak makan.

Breakfast Bar

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 115g mentega tanpa garam115g mentega tanpa garam
  • 110g gula perang lembut110g gula perang lembut
  • 3 sudu besar mentega kacang rangup3 sudu besar mentega kacang rangup
  • 1/4 cawan madu1/4 cawan madu
  • Parutan kulit dari sebiji orenParutan kulit dari sebiji oren
  • 2 1/2 cawan rolled oat2 1/2 cawan rolled oat
  • 150g campuran buah-buahan kering (kismis, hirisan aprokot, prun)150g campuran buah-buahan kering (kismis, hirisan aprokot, prun)
  • 150g campuran bijian (biji labu, biji bunga matahari, almond, walnut), mengikut pilihan anda150g campuran bijian (biji labu, biji bunga matahari, almond, walnut), mengikut pilihan anda

Cara Buat Breakfast Bar

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Gris baking tray yang berukuran 20cm persegi dengan sedikit mentega.
  2. 2
    Di dalam periuk kecil, panaskan mentega tanpa garam, gula perang, mentega kacang, parutan kulit oren dan madu. Kacau di atas api perlahan sehingga sebati.
  3. 3
    Masukkan rolled oat, bahan buahan kering dan bijian kemudian kacau sebati.
  4. 4
    Tuang di atas baking tray dan tekan dengan sudu supaya mampat. Tabur sedikit lagi bijian dan madu di permukaan.
  5. 5
    Panaskan oven kepada suhu 160 darjah celcius. Apabila sudah sedia masukkan baking tray ke dalam oven dan bakar selama 20-25 minit, atau sehingga bertukar warna keemasan.
  6. 6
    Sejukkan dan potong.

Anggaran nutrisi

Setiap 1 orang · resepi untuk 14 orang

Kalori
285 kcal
Protein
5 g
Karbohidrat
34 g
Lemak
15 g
Serat:
3.5 g
Gula:
19 g
Natrium:
20 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • Resepi tidak nyatakan bilangan; adunan ~880 g dianggarkan 14 bar (~63 g setiap satu).
  • Gula perang, madu dan buah kering menjadikan hampir semua karbohidrat adalah gula.
  • Campuran bijian dan mentega menyumbang kebanyakan lemak.
  • Mentega tanpa garam, jadi natrium sangat rendah.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Bantuan Semasa Memasak

Petua & Panduan

  1. Angkan dan sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit sebelum dipotong.
  2. Jika anda menggunakan almond atau walnut, pastukan dibakar seketikan di dalam oven supaya masak dan rangup.
Pengenalan

Resepi Breakfast Bar,

sarapan berkhasiat di pagi hari.

Diterbitkan pada 15 Februari 20142.2K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Terbaru