ResepiCheNom
Nasi Ayam Legend 6 Juta Views

Resepi Nasi Ayam Legend 6 Juta Views

Prep 30 minMasak 30 minJumlah 1 jamHidangan 10 orang

Resepi nasi ayam legend yang mudah difahami, sesuai untuk yang baru belajar masak. Hasil sedap dan jadi pilihan ramai, termasuk untuk berniaga.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 6 inci halia6 inci halia
  • 12 ulas bawang putih12 ulas bawang putih

Bahan Untuk Ayam

  • MaduMadu
  • 1 kiub pati ayam1 kiub pati ayam
  • Daun bawangDaun bawang
  • Pes halia & bawang putihPes halia & bawang putih
  • 2 sb sos tiram2 sb sos tiram
  • 1 sb kicap manis1 sb kicap manis
  • 1 sb kicap cair1 sb kicap cair
  • Minyak untuk menggorengMinyak untuk menggoreng
  • 1 ekor ayam1 ekor ayam
  • Minyak bijanMinyak bijan

Bahan Untuk Nasi

  • 1-2 potong lemak1-2 potong lemak
  • 1/2 senduk mentega1/2 senduk mentega
  • Pes halia & bawang putihPes halia & bawang putih
  • 1 kayu manis1 kayu manis
  • 5 biji buah pelaga5 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang2 kuntum bunga lawang
  • 1 helai daun pandan1 helai daun pandan
  • 1 batang serai1 batang serai
  • 3 cwn beras3 cwn beras
  • 4 1/2 cwn air rebusan ayam4 1/2 cwn air rebusan ayam
  • Sedikit garamSedikit garam
  • 1 sk serbuk kunyit1 sk serbuk kunyit

Bahan Untuk Sos

  • GaramGaram
  • 1 sb sos cili1 sb sos cili
  • 6-8 biji cili merah6-8 biji cili merah
  • 6 biji cili api6 biji cili api
  • Sedikit air rebusan ayamSedikit air rebusan ayam
  • Pes halia & bawang putihPes halia & bawang putih
  • 2 sb jus lemon2 sb jus lemon
  • GulaGula

Bahan Untuk Kicap

  • Air lebihan perapan ayamAir lebihan perapan ayam
  • 1 mangkuk kecil kicap manis1 mangkuk kecil kicap manis
  • Sedikit air rebusan ayamSedikit air rebusan ayam
  • GaramGaram

Bahan Untuk Sup

  • Lebihan air rebusan ayamLebihan air rebusan ayam
  • Kaki ayam (jika suka)Kaki ayam (jika suka)
  • 1 sup bunjut1 sup bunjut
  • Lobak merahLobak merah
  • KentangKentang
  • 1 sk lada sulah1 sk lada sulah
  • GaramGaram
  • Daun supDaun sup

Bahan Untuk Hiasan

  • TomatoTomato
  • TimunTimun
  • SaladSalad
  • Daun supDaun sup
  • Daun bawangDaun bawang

Cara Buat Nasi Ayam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Bahan Kisar

  1. 1
    Dah siap kisar, bahagikan kepada 4 bahagian.
  2. 2
    Potong kasar bawang putih dan halia.
  3. 3
    Kisar halus bawang putih dan halia dengan sedikit air.

Untuk Ayam Rebus

  1. 1
    Daun sup bahagian batang potong panjang 2 inci (untuk rebus ayam). Bahagian daun potong halus (untuk hiasan).
  2. 2
    Daun bawang bahagian batang belah dua, bahagian daun potong memanjang.
  3. 3
    Bersihkan ayam dan belah 2 (simpan sikit bahagian kulit / lemak untuk masak nasi)
  4. 4
    Gaul ayam dengan pes bawang putih dan halia.
  5. 5
    Masukkan ayam, air (sampai tengelam ayam) dan kiub pati ayam dalam periuk
  6. 6
    Rebus dengan api perlahan sampai ayam masak.
  7. 7
    Bila dah masak, angkat ayam dan sejukkan.
  8. 8
    Untuk perapan, kacau sebati pes halia, bawang putih, sos tiram, kicap manis dan kicap cair.
  9. 9
    Sapu ayam dengan perapan tadi.
  10. 10
    Perap ayam anggaran ½ -1 jam.

Untuk Nasi

  1. 1
    Carik dan simpul daun pandan.
  2. 2
    Ketuk serai sampai pecah.
  3. 3
    Panaskan kulit / lemak ayam atas kuali sampai cair dan mengecut (nak mudah cair letak minyak masak sikit).
  4. 4
    Bila dah mengecut, keluarkan kulit.
  5. 5
    Masukkan butter atau majerin.
  6. 6
    Tumis pes halia, bawang putih, rempah 4 sekawan, daun pandan dan serai sampai kekuningan.
  7. 7
    Masukkan beras dan goreng sekejap biar bergaul sekata.
  8. 8
    Tuang masuk air rebusaan ayam, garam dan serbuk kunyit.
  9. 9
    Akhir sekali pindah masuk rice cooker dan biar nasi masak.

Untuk Sos Cili

  1. 1
    Potong kasar cili merah besar (tambah cili padi kalau nak pedas).
  2. 2
    Lemon perah ambil jus (atau cuka).
  3. 3
    Kisar kasar cili, air rebusan ayam, jus lemon, gula, garam, pes halia dan bawang putih.
  4. 4
    Tuang masuk dalam periuk dan masak sampai mendidih.
  5. 5
    Tambah sos cili dan kacau sebati.
  6. 6
    Tutup api dan sejukkan sebelum hidang.

Untuk Kuah Kicap

  1. 1
    Masukkan baki perapan ayam, kicap manis, air rebusan ayam dan sedikit garam (kalau perlu) dalam periuk.
  2. 2
    Masak sampai mendidih dan angkat.

Untuk Sup Ayam

  1. 1
    Potong kentang dan karot.
  2. 2
    Masukkan sup bunjut, serbuk lada sulah, garam, kentang dan karot dalam baki air rebusan ayam. Nak tambah kaki atau tulang ayam pon boleh.
  3. 3
    Masak sampai mendidih dan tabur daun sup.

Untuk Ayam Goreng

  1. 1
    Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak keperangan.
  2. 2
    Bila dah perang boleh angkat dan sapu dengan minyak bijan dan madu (sapu minyak bijan dulu dan kemudian sapu madu).

Untuk Condiment

  1. 1
    Potong sederhana nipis timun dan tomato.
  2. 2
    Daun salad rendam dengan air sejuk dan keringkan.
  3. 3
    Susun dalam pinggan dan sedia untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Air pastikan lebih dari sukatan air untuk masak nasi sebab kita nak guna untuk sos, kicap dan sup jugak.
  • Cara tumis nasi sebelum masak dalam rice cooker akan hasilkan beras yang berderai bila masak nanti.
  • Untuk masak nasi nisbah beras dan air adalah 1 cawan beras : 1 ½ cawan air. Jadi 3 cawan yang Che Nom masak ni, sukatan air rebusan ayam adalah 4.5 cawan.
Tunjuk semua petua (5)
Petua & Panduan
  • Masa goreng ayam api jangan kuat sangat, takut ayam jadi keras kejung. Kita nak bagi perang elok je. Che Nom suka tutup masa goreng, nak bagi dalam tu moist aja nanti.
  • Sebelum sapu ayam goreng dengan minyak bijan dan madu, kena tunggu ayam suam-suam sikit baru sapu, kalau panas sangat, cair sapuan nanti tak melekat.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak share resepi Nasi Ayam Legend yang sebelum ini dah pernah share kat YouTube dan sekarang Che Nom buat video baru dengan kualiti yang lebih bagus dan lebih tersusuan.

Mudah faham dan menarik lah sikit nak menonton terutama kepada yang baru nak belajar masak tu.

Ramai sangat yang share feedback suka kan hasil resepi nasi ayam ni. Ramai juga yang guna resepi ini untuk berniaga, Alhamdulillah.

Diterbitkan pada 16 Julai 202383.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru