ResepiCheNom
Nasi Ayam Claypot

Resepi Nasi Ayam Claypot

Prep 30 minMasak 30 minJumlah 1 jamHidangan 3 orang

Resepi nasi ayam claypot versi mudah untuk dibuat di rumah. Ayam diperap hingga lembut dan moist, lengkap dengan tips dapatkan nasi berkerak.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Perapan Ayam

  • 3 ketul ayam3 ketul ayam
  • 2 sb kicap cair2 sb kicap cair
  • 1/2 sk kicap pekat1/2 sk kicap pekat
  • 1 sb sos tiram1 sb sos tiram
  • 1 sk gula perang1 sk gula perang
  • 1 sk serbuk pati ayam1 sk serbuk pati ayam
  • 1 ulas bawang putih1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 1 sk minyak bijan1 sk minyak bijan
  • 1 sb tepung jagung1 sb tepung jagung
  • 1/2 sk garam1/2 sk garam
  • 2 tangkai cili kering2 tangkai cili kering

Bahan Beras/Nasi

  • 3/4 cwn beras3/4 cwn beras
  • 1 cwn air1 cwn air
  • *Boleh lebihkan beras jika suka*Boleh lebihkan beras jika suka
  • 1 sk minyak masak1 sk minyak masak
  • Daun bawangDaun bawang
  • Cendawan ShiitakeCendawan Shiitake

Bahan Ikan Kering Goreng

  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 2-3 ketul ikan masin2-3 ketul ikan masin
  • 4 sb minyak masak4 sb minyak masak

Bahan Kuah Drizzle

  • 1 1/2 sb kicap cair1 1/2 sb kicap cair
  • 1-2 sb kicap pekat1-2 sb kicap pekat
  • 1 sk minyak bijan1 sk minyak bijan

Cara Buat Nasi Ayam Claypot

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Ayam

  1. 1
    Potong kasar daun bawang.
  2. 2
    Gunting kasar cili kering dan rendam sekejap.
  3. 3
    Bilas cendawan shiitake dengan air dan lap kering. Kemudian belah 2.
  4. 4
    Ayam potong kecil-kecil dan bilas dengan air.
  5. 5
    Perap ayam dengan kicap cair, minyak bijan, kicap pekat, sos tiram, gula perang, serbuk pati ayam, bawang putih, halia, garam, cili kering dan tepung jagung.
  6. 6
    Perap 1/2 - 1 jam.
  7. 7
    Masak ayam sampai separuh masak. Tambai air sikit kalau kering.
  8. 8
    Masuk cendawan dan sambung sampai ayam 1/2 masak.
  9. 9
    Tutup api dan ketepikan.

Ikan Masin Dan Bawang Putih Goreng

  1. 1
    Cincang kasar bawang putih.
  2. 2
    Ikan masin, potong kecil-kecil, buang tulang dan rendam 3-4 minit.
  3. 3
    Panaskan minyak dan goreng ikan masin sampai keperangan.
  4. 4
    Masuk bawang putih cincang dan kacau sampai bawang putih keperangan.
  5. 5
    Tutupi api dan angkat.

Kuah Kicap

  1. 1
    Campur kicap cair, kicap pekat dan minyak bijan.

Beras

  1. 1
    Basuh beras dan rendam dalam claypot selama ½ jam.
  2. 2
    Toskan air rendaman.
  3. 3
    Tambah air dan minyak masak.
  4. 4
    Masak atas api sederhana sampai nasi mendidih.
  5. 5
    Masuk ayam dan cendawan kemudian sambung masak sampai dengar bunyi kriuk-kriuk / berdesir.
  6. 6
    Bila nasi dah masak, tuang masuk minyak bawang putih dan ikan masin goreng.
  7. 7
    Drizzle kuah kicap dan tabur daun bawang.
  8. 8
    Tutup balik tudung claypot 2-3 minit sebelum makan.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kita kena senget setiap belah periuk untuk dapat kerak nasi sampai atas.
  • Tips untuk dapat kerak, tuang minyak pada keliling tudung claypot.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nk share resepi masakan yang berasal dari China, iaitu Claypot chicken Rice. Ada banyak variasi sebenarnya bila kita tengok resepi di internet. Jadi Che Nom rujuk semua dan olah ikut kesesuaian sendiri, yang mudah lah untuk masak kat rumah.

Yang penting, Claypot Chicken rice ni, ayam tu kena masak dengan cukup rasa perapan, moist dan lembut. Kena rasa bwg putih, halia, juga campuran kicap dengan minyak bijan yang sesuai..baru lah sedap.

Satu lagi, kerak nasi pun mesti kena ada bila kita masak dengan claypot..barulah lah tip top hasilnya. Che Nom kongsikan juga tips ayam masak sempurna utk beginner dan cara nak dapatkan nasi yang berkerak. Menarik betul cara masakannnya.

Diterbitkan pada 17 Januari 202517.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru