ResepiCheNom
Blueberry Jam Muffin

Resepi Blueberry Jam Muffin

Prep 15 minMasak 20 minJumlah 35 minHidangan 8 biji

Muffin blueberry yang gebu dengan inti jem blueberry, mudah dibuat dan sesuai untuk sarapan atau minum petang. Siap dalam 35 minit.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 2 cawan tepung (plain flour atau all-purpose flour)2 cawan tepung (plain flour atau all-purpose flour)250g
  • 3/4 cawan gula castor3/4 cawan gula castor150g
  • 2 sudu kecil baking powder2 sudu kecil baking powder8g
  • 1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil garam3g
  • 1 cawan susu, full cream Dutch Lady1 cawan susu, full cream Dutch Lady245g
  • 1 sudu kecil esen vanilla1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur, saiz besar1 biji telur, saiz besar
  • 1/2 cawan minyak sayur1/2 cawan minyak sayur109g
  • Jem blueberry secukupnyaJem blueberry secukupnya
  • Gula perang secukupnya, untuk ditaburGula perang secukupnya, untuk ditabur

Cara Buat Blueberry Jam Muffin

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan oven kepada 180 degree celcius
  2. 2
    Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder, dan garam.
  3. 3
    Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula ,esen vanilla dan kemudian masukkan minyak sayur. Kacau sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan kering di dalam mangkuk dan kacau sebati.
  4. 4
    Menggunakan kaedah selang seli, sudukan adunan ke dalam acuan muffin 1/2 penuh, kemudian masukkan 1 sudu jem blueberry di atas adunan dan tuang lagi adunan supaya menjadi 3/4 penuh. Hiaskan dengan taburan gula perang dan bakar selama 20 minit atau sehunga masak sepenuhnya
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cawan tepung (plain flour atau all-purpose flour) bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
3/4 cawan gula castor bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 150g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Blueberry Jam Muffin,

senang dan sedap.

Diterbitkan pada 14 September 20132.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru