Resepi Double Chocolate Chips Muffin
Muffin double chocolate chip ni memang padu coklat, guna serbuk koko dan chocolate chips sekali. Tekstur moist, makan panas-panas nampak coklat cair meleleh dalam tu.

Bahan-bahan
Bahan Muffin
- 1 cawan /250ml susu segar atau full cream
- 2 sudu besar jus lemon/cuka
- 3/4 cawan / 170g gula kastor (**tambah lagi ¼ cawan gula kastor atau 55g untuk yang suka manis)
- 1/2 cawan /120g minyak jagung
- 2 biji telur (saiz A atau B)
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 cawan / 250g tepung gandum
- 1/2 cawan / 50g serbuk koko
- 1 1/2 sudu kecil baking soda
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 cawan /170g coklat cip (untuk adunan)
- 1 cawan /170g coklat cip (untuk hiasan)
Cara Buat Double Chocolate Chips Muffin
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 12 biji
- Kalori
- 395 kcal
- Protein
- 6 g
- Karbohidrat
- 51.5 g
- Lemak
- 19.5 g
- Serat:
- 3.5 g
- Gula:
- 31 g
- Natrium:
- 260 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Gula tambahan pilihan (¼ cawan) tidak dikira.
- Kedua-dua cawan coklat cip (340 g) dikira — adunan dan hiasan.
- Sukatan gram dalam resepi digunakan terus.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 sudu besar jus lemon/cuka bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 30g (cawan US 240ml).
- 3/4 cawan / 170g gula kastor (**tambah lagi ¼ cawan gula kastor atau 55g untuk yang suka manis) bersamaan berapa cawan?
- ± ¾ cawan + 2 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Jangan terlebih kacau adunan takut muffin keras. Protein dalam tepung akan menghasilkan gluten punca adunan kental dan keras. Air pocket pon akan jadi lebih besar.
- Boleh scoop masuk adunan kedalam cawan kertas guna ice cream scoop untuk lebih senang.
- Boleh isi adunan sampai hampir penuh, jadi bila masak nanti muffin akan kembang naik atas.
- Kalau oven kecil boleh kurangkan suhu, kalau oven boleh boleh naikkan sikit suhu.
- Cucuk muffin dengan lidi, kalau lidi keluar kering dan basah sikit dekat hujung kira dah masak. Jangan terlebih bakar takut muffin kering dan tak sedap.
Video
Pengenalan
Double chocolate chip muffin yang penuh dengan rasa coklat. Kenapa dipanggil double chocolate, sebab kita letak 2 bahan coklat iaitu serbuk koko dan chocolate chips.
Muffin ni moist, dan bila kita koyakkan masa panas tu, boleh nampk cairan coklat di dalamnya.
Dalam resepi ni Che Nom hasilkan saiz besar, boleh tukar untuk hasilkan saiz lebih kecil, dan akan dapat lebih banyak kuantiti.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









