Muffin Blueberry Gebu
Resepi Muffin Blueberry Gebu yang menggunakan fresh blueberry sebagai bahan utama. Apa yang menarik tentang muffin ini ialah cara pembuatannya yang sama dengan kaedah cup cake dan menghasilkan muffin yang sangat gebu, moist dan lembut.
Taburan gula perang di atas pula memberikan tekstur yang rangup dan rasanya amat sedap kerana gula perang di permukaannya sudah menjadi karamel semasa proses membakar. Che Nom sangat recommend anda cuba resipi ini. Pasti menjadi dan sedap!
Dikongsi oleh
Che Nom
Diterbitkan pada 22 Mac 201890 paparan
Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
30 minit
Jumlah Masa
N/A
Hidangan
? orang
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil baking powder
- 3/4 sudu kecil garam
- 1/2 cawan mentega (115 g)
- 1 cawan gula kastor (boleh kurangkan sedikit jika tak suka manis)
- 2 biji telur
- 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
- 1/2 cawan susu full cream
- 1 cawan fresh blueberry
- gula perang secukupnya, untuk taburan
Cara Memasak
Penyediaan Utama
- 1Panaskan oven pada suhu 170°C. Susun cawan kertas di dalam tin muffin.
- 2Ayak tepung gandum bersama baking powder dan garam.
- 3Dalam mangkuk berasingan, putar mentega bersama gula kastor sehingga warna menjadi pucat putih. Tambah telur sebiji demi sebiji, diikuti dengan esen vanilla dan putar lagi sehingga kembang.
- 4Sambil putar perlahan-lahan, masukkan bahan ayak sedikit kemudian diselangi pula dengan susu full cream. Ulang sampai habis.
- 5Masukkan fresh blueberry dan kacau sekata dengan spatula (menggunakan tangan). Ini supaya fresh blueberry tidak pecah semasa proses mengacau.
- 6Gunakan scoop ice cream atau sudu, kaut adunan ke dalam cawan kertas dan isi 3/4 penuh. Tabur gula perang di atasnya.
- 7Bakar selama 25-30 minit. Sila rujuk bahagian Tips.
Petua & Panduan
- •Gunakan bilah lidi untuk cucuk di tengah muffin. Jika lidi bersih ketika ditarik keluar, itu bermakna muffin sudah masak sepenuhnya. Jika masih basah melekat teruskan bakar selama beberapa minit lagi.
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
786 Resipi
Lihat profil Che_Nom