Resepi Muffin Lemon Poppyseed
Muffin Lemon Poppyseed ni simple tapi sedap, lembut gebu dengan aroma kulit lemon yang segar.

Bahan-bahan
Cara Buat Muffin Lemon Poppyseed
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan oven pada suhu 170°C.
- 2Pukul butter dan gula sehingga putih dan kembang.
- 3Masukkan telur kuning sebiji dan putar, kemudian masukkan sebiji lagi dan putar sekata.
- 4Dalam mangkuk berasingan, ayak bahan kering iaitu tepung gandum, baking powder dan baking soda dan kemudian masukkan poppyseed dan parutan kulit lemon. Kacau sekata.
- 5Sudukan bahan kering ke dalam adunan butter sedikit demi sedikit dan selang selikan dengan yoghurt sehingga adunan menjadi sebati.
- 6Dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur sehingga kembang dan menjadi 'bertanduk' apabila ditarik.
- 7Gaul adunan putih telur ke dalam bancuhan muffin dengan perlahan-lahan supaya ruang udara di dalam putih telur tidak terjejas. Sangat penting untuk digaul dengan lembut supaya tekstur muffin menjadi lembut dan gebu.
- 8Sudukan ke dalam acuan kertas 3/4 penuh dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga anda cucuk dengan lidi dan apabila ditarik, lidi keluar dengan bersih.
- 9Sejukkan selama 10 minit sebelum dihidang dan drizzle dengan 'lemon drizze sugar' sebagai hiasan
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 12 biji
- Kalori
- 235 kcal
- Protein
- 3.5 g
- Karbohidrat
- 33 g
- Lemak
- 10 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 21.5 g
- Natrium:
- 170 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Termasuk glaze lemon (10 sudu besar gula aising) yang dikira sepenuhnya.
- 1 cawan tepung dikira 130 g dan 1 cawan gula 200 g.
- Butter dan baking soda/powder adalah punca utama natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1/2 cawan butter bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 114g (cawan US 240ml).
- 2/3 cawan gula bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 133g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Muffin ini sangat sedap jika gunakan mentega tanpa garam (unsalted butter atau sweet butter). Jika anda pilih mentega tanpa garam, masukkan 1/4 sudu garam di dalam adunan supaya rasa menjadi seimbang.
Pengenalan
Resepi muffin yang simple dan sangat sedap. Teksturnya sangat lembut dan gebu dan rasa dari parutan kulit lemon sangat segar dan menyelerakan. Yoghurt pula menambah kelembapan pada tekstur muffin.
Pertama kali Che Nom cuba resepi ini, memang terus terpikat dengan rasanya. Anak-anak Che Nom pun sangat suka. Sesuai dihidangkan buat minum petang atau parti ringkas buat anak-anak.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









