Resepi Mee Kari Sedap
Mee kari pekat dan berlemak dimasak dengan air rebusan udang, memang padu. Walau bahan dan taburan agak banyak, gabungan udang serta kerang buat kuah lagi naik seri dan berbaloi.

Bahan-bahan
Cara Buat Mee Kari
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.
- 2Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
- 3Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
- 4Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
- 5Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- 6Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 8 hidangan
- Kalori
- 845 kcal
- Protein
- 41 g
- Karbohidrat
- 52.5 g
- Lemak
- 51 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 2.5 g
- Natrium:
- 1580 mg
Andaian pengiraan · keyakinan rendah
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; 1 kg mee kuning dengan semua bahan dianggar 8 mangkuk.
- Minyak menumis tidak disenaraikan; dianggar ½ cawan.
- Garam tidak disenaraikan; dianggar 2 sudu kecil.
- 1 kg kerang bercangkerang memberi ~250 g isi; taugeh, bawang goreng dan tauhu goreng dianggar.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- 1.Apabila kuah sudah siap, angkat keluar asam keping jika rasa kuah sudah masam untuk mengelakkan kuah terlebih masam.
- 2.Boleh juga gunakan santan kotak (1 kotak) dan campurkan sedikit air untuk kuah.
Video
Pengenalan
Resepi Mee Kari yang memang sangat sedap dan dimasak menggunakan air rebusan udang. Boleh dikatakan penyediaan mee kari ni agak remeh sebab bahannya memang banyak, termasuk bahan untuk hiasan atau taburan dia atas hidangan, tapi itulah yang menariknya tentang mee kari.
Bagi saya kombinasi seafood iaitu kerang dan udang juga sememangnya menambah lebih perisa untuk kuah kari. Selalu orang hidangkan mee kari pada hari-hari istimewa, jadi walaupun agak remeh tapi berbaloi. Jom layan.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat









