ResepiCheNom
Mee Goreng Laku Keras

Resepi Mee Goreng Laku Keras

Prep 15 minMasak 15 minJumlah 30 minHidangan orang

Mee goreng lembab yang ringkas dan cepat, sesuai bila tak nak makan nasi atau tengah sibuk. Sedap untuk sarapan, guna 1 bungkus mee kuning 500g.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • minyak masakminyak masak
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili kisar2 sudu besar cili kisar
  • 1 ketul isi ayam (dada)1 ketul isi ayam (dada)
  • 1-2 sudu besar sos tiram1-2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato2 sudu besar sos tomato
  • 4-5 sudu besar kicap manis4-5 sudu besar kicap manis
  • 7-8 ekor udang7-8 ekor udang
  • 2 keping kek ikan2 keping kek ikan
  • 1/2 sudu kecil lada sulah1/2 sudu kecil lada sulah
  • batang sawibatang sawi
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • 1 pek/500g mee kuning1 pek/500g mee kuning
  • 1 biji telur1 biji telur
  • sedikit serbuk lada sulahsedikit serbuk lada sulah
  • daun sawidaun sawi
  • 300g taugeh300g taugeh

Cara Buat Mee Goreng

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Ketuk dan cincang kasar bawang putih.
  2. 2
    Potong dadu isi ayam, fish cake, tomato, sawi, cili merah dan limau nipis.
  3. 3
    Buang kepala dan kulit udang.
  4. 4
    Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai kekuningan.
  5. 5
    Masukkan cili kisar dan isi ayam kemudian kacau sampai isi ayam separuh masak.
  6. 6
    Tambahkan sos cili, sos tiram, sos tomato dan kicap manis.
  7. 7
    Masukkan udang dan kacau sehingga separuh masak.
  8. 8
    Masukkan fish cake kemudian tambah sedikit air dan lada sulah.
  9. 9
    Masukkan batang sawi dan tomato.
  10. 10
    Masukkan mee kuning.
  11. 11
    Masukkan telur dan taburkan sedikit lada sulah di atas telur.
  12. 12
    Kacau-kacau dan hancurkan telur tadi.
  13. 13
    Tambah daun sawi dan taugeh.
  14. 14
    Hiaskan dengan cili potong dan limau nipis .
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kulit udang jangan dibuang, boleh direbus untuk stock air rebusan udang.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak kongsi cara masak mee goreng yang ringkas. Sesuai untuk disediakan kalau kita rasa mcm tak nak makan nasik ataupun bila kesuntukan masa.

Mee Goreng ni versi lembab-lembab je. Buat untuk hidang waktu breakfast pun sedap. Cara ni lah yang selalu Che Nom masak untuk keluarga.

Anggran resepi untuk 1 bungkus mee kuning 500g, jadi kalau nak lebih boleh gandakan resepi ok.

Diterbitkan pada 14 April 2020198K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru