ResepiCheNom
Lepat Pisang Istimewa

Resepi Lepat Pisang Istimewa

Prep 25 minMasak 25 minJumlah 50 minHidangan 10 biji

Lepat Pisang istimewa ala kuih bonda di kampung, manis lemak dengan gula melaka dan pisang ranum. Lepas kukus, aroma daun pisang memang wangi dan buat lagi sedap.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 2 cawan pisang, yang sudah dilecek2 cawan pisang, yang sudah dilecek450g
  • 1/4 cawan gula putih1/4 cawan gula putih50g
  • 1 cawan tepung gandum1 cawan tepung gandum125g
  • 3 sudu besar tepung beras3 sudu besar tepung beras23g
  • 1 keping gula melaka atau nisan (sejenis gula yang bulat dan nipis)1 keping gula melaka atau nisan (sejenis gula yang bulat dan nipis)
  • 1/4 cawan kelapa parut1/4 cawan kelapa parut21g
  • 1 sudu kecil garam1 sudu kecil garam6g

Cara Buat Lepat Pisang

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan periuk kukus.
  2. 2
    Parut halus gula melaka supaya senang digaul rata bersama-sama bahan lain nanti.
  3. 3
    Gaul sekata pisang yang dilecek bersama gula putih, gula melaka, tepung gandum, tepung beras, kelapa parut dan garam. Ketepikan atau rehatkan adunan seketika.
  4. 4
    Bersihkan daun pisang dan layurkan di atas api sehingga layu sedikit.
  5. 5
    Potong daun pisang anggaran 1 1/2 lebar tapak tangan.
  6. 6
    Sudukan adunan sebanyak 3 sudu dan lipat sisi daun pisang ke atas dan kemudian lipat pula satu bahagian tepi. Tegakkan supaya bahagian lipatan tadi berada di bawah dan lipat bahagian yang satu lagi dengan kemas.
  7. 7
    Susun di dalam loyang pengukus dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cawan pisang, yang sudah dilecek bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 450g (cawan US 240ml).
1/4 cawan gula putih bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 50g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Jika tak ada gula nisan atau gula melaka keping, boleh juga digunaka gula melaka berbentuk silinder, dalam anggaran 1/3 ketul.
Video
Pengenalan

Resepi Lepat Pisang yang sangat istimewa kerana mengingatkan kepada masakan kuih bonda di kampung. Sangat sedap rasanya ditambah dengan rasa manis dari gula melaka yang cukup lengkap serba serbi rasanya.

Untuk pisang Che Nom gunakan pisang awak, tapi boleh juga kalau gunakan pisang emas atau nak cuba pisang jenis lain pun boleh juga. Selepas kukus, lepat pisang akan berbau harum dari aroma daun pisang yang menambahkan lagi kesedapan lepat pisang ni.

Untuk bancuhan adunan sangat mudah cuma agak remeh di bahagian daun pisang kerana haris dibersihkan dan layur di atas api supaya daun tidak mudah pecah apabila dilipat.

Diterbitkan pada 4 Januari 201645.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru