ResepiCheNom
Lepat Pisang Lembut Manis

Resepi Lepat Pisang Lembut Manis

Prep 40 minMasak 15 minJumlah 55 min

Lepat pisang kukus yang lembut dan manis, wangi daun pisang memang naik selera. Sesuai guna pisang ranum, sedap makan panas-panas dengan kopi O.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan

  • Secubit garamSecubit garam
  • 7-10 biji pisang emas7-10 biji pisang emas
  • 2 cawan pisang lenyek2 cawan pisang lenyek450g
  • 2 sb gula melaka2 sb gula melaka25g
  • 1 sb gula putih1 sb gula putih13g
  • ¾ - 1 cawan tepung gandum¾ - 1 cawan tepung gandum
  • 2 sb tepung beras2 sb tepung beras16g
  • 1 sk garam1 sk garam6g
  • Daun pisangDaun pisang
  • Sedikit minyakSedikit minyak
  • Kelapa parutKelapa parut

Cara Buat Lepat Pisang

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Lepat Pisang

  1. 1
    Kupas kulit pisang dan lenyek pisang sampai hancur.
  2. 2
    Parut masuk gula melaka. Kemudian masukkan gula putih, garam, tepung gandum dan tepung beras sedikit demi sedikit. Kacau sebati dan rehatkan sekejap.
  3. 3
    Gaul sedikit garam dengan kelapa parut dan ketepikan.
  4. 4
    Bilas daun pisang dengan air, lap kering, potong anggaran 15cm dan layur atas api sehingga daun lembut dan nampak berkilat.
  5. 5
    Sapu daun pisang dengan sikit minyak masak.
  6. 6
    Sudukan 2 sudu adunan lepat di tengah daun pisang. Leperkan sikit dan tabur dengan kelapa parut ditengah adunan.
  7. 7
    Ada dua cara untuk lipat, cara pertama ambil hujung kiri dan kanan, bawa ke tengah dan lipat 2 kali kemudian lipat ke bawah bahagian tepi kiri dan kanan.
  8. 8
    Cara kedua, gulung saja lepat 2 lapis dan lipat tepi kiri dan kanan kebawah.
  9. 9
    Susun lepat dalam pengukus dan kukus dalam 15-20 minit.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cawan pisang lenyek bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 450g (cawan US 240ml).
2 sb gula melaka bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 25g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Gunakan pisang yang ranum
  • Kalau pisang kecil, boleh guna 14 biji pisang.
  • Kalau nak sukat pisang dengan cawan boleh sukat pisang lenyek anggaran 2 cawan.
Tunjuk semua petua (5)
Petua & Panduan
  • Gunakan kelapa parut mesin putih.
  • Layur daun atas api dapat mengelakkan daun mudah rapuh dan koyak bila lipat nanti.
Video
Pengenalan

Kali ni jom kita belajar buat kuih melayu, kuih tradisional iaitu lepat pisang. Kalau ada pisang yang ranum selain dari nak buat kuih bergoreng, kita tukar sekali sekala cara kukus pula. Che Nom akan tunjuk cara dari bancuhan adunan lepat pisang, dengan tambahan satu bahan untuk sedapkan lagi rasa.

Ada juga ditunjuk cara kita proses daun pisang sebelum balut. Kuih ni manis rasanya ditambah dengan keharuman daun pisang , membuka selera betul. Kalau dulu dapat makan lepat pisang pagi-pagi dengan kopi O, fuhh memang terbaik.

Diterbitkan pada 6 Julai 202215K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru