
Laksa Siam, pedas berlemak
Special untuk semua peminat laksa ha hantu laksa la senang cerita jom tengok Che Nom sediakan laksa yang berasal dari negara jiran Thailand iaitu laksa lemak thai. Sesiapa yang belum pernah makan inilah masanya untuk cuba. Kalau pergi sarapan di kedai Kelantan selalu sangat Che Nom order ni. Kelainan laksa ni pada kuahnya tu yang pekat berlemak. Lebih kurang macam laksam tapi kuahnya warna kuning. Dan yang paling penting penggunaan daun selasih dan daun limau purut dalam masakkan kuah tu memang special sangat aroma. Laksa lemak thai biasanya dihidangkan dengan macam-macam jenis ulam jadi memang menu yang sihat lah. Tinggi fiber, tinggi protein dan ada macam-macam vitamin haa macam jual produk pulak promote kan.
Mula-mula Che Nom tunjuk cara penyediaan yang sangat detail untuk kuah laksa dari proses rebus, proses buat pes ikan, lepas tu penyediaan bahan-bahan kisar pulak dan penerangan jenis-jenis santan yang boleh kita guna. Kemudian Che Nom tunjuk cara merebus laksa, kita kena guna jenis yang halus yer untuk laksa thai. Lepas tu hidang lah dengan macam-macam jenis sayur dan ulam. Sapa yang suka telur rebus boleh letak yer. Makan laksa ni kan makan dengan kuah pekat tu confirm tambah bermangkuk-mangkuk. Laksa halus tu pon buat lebih sedap haa cuba tau.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 kilo ikan selayang atau kembung
- 1 pek laksa halus
- 3 keping asam gelugor**
- 1 biji bawang merah**
- 1 biji bawang putih**
- Air tenggelam ikan**
- Santan segar dari 1 biji kelapa parut
- ATAU 2 kotak santan kecil
- 6-7 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 2-3 ketul kunyit
- 4 batang serai
- 1 sk biji lada hitam
- 10 tangkai cili api (lebihkan untuk pedas)
- Belacan, saiz ibu jari
- 1 genggam daun selasih
- 5 helai daun limau purut
- Garam dan gula secukup rasa
- Serbuk perasa
- Kacang panjang
- Daun laksa
- Bunga kantan
- Timun
- Taugeh
- Cili padi
- Limau kasturi
- Daun selasih
- 1Rebus ikan dengan asam gelugur, hirisan bawang merah, bawang putih dan air (agak tenggelam ikan) selama 15-20 minit atau sampai ikan masak.
- 2Asingkan isi dengan tulang ikan. Kemudian kisar halus isi ikan dengan air rebusan ikan tadi.
- 3Ulang pulak kisar tulang ikan sampai halus, kemudian tapis minimun 2 kali.
- 4Kisar halus bawang putih, bawang merah kecil, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, cili padi merah, belacan dan biji lada hitam.
- 5Masuk pes laksa kisar, isi ikan, air tulang ikan dan santan cair dalam periuk. kemudian masak sampai mendidih.
- 6Masukkan daun limau purut, asam gelugur, daun selasih, gula dan garam.
- 7Akhir sekali masukkan santan pekat dan serbuk seasoning.
- 8Sambung masak dengan api kecik anggaran 30 minit kemudian boleh tutup api.
- 1Rendam laksa beras anggaran 2 jam.
- 2Rebus laksa sampai masak, toskan laksa dan bilas dengan air untuk buang lebihan kanji (supaya laksa lambat basi).
- 3Potong sayur dan ulam-ulama dan sedia untuk dihidang.
- •Kalau guna santan kotak Che Nom suka guna coconut milk bukan cream, 2 kotak dah cukup untuk 1 kilo ikan, Che Nom akan lebihkan air kalau guna santan kotak. Kalau guna santan pekat dari pasar tu guna lah 1 kilo.
- •Lepas masuk santan pekat, kerap kacau supaya santan tak berketul dan kuah kita tak cepat basi.
- •lepas masuk santan biarkan kuah mereneh anggaran 1/2 jam. Kalau lepas masuk santan mendidih sekejap je dah tutup memang cepatlah basi.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Bihun Sup Ala Restoran Thai Dan Sambal Kicap.
Kali ini, Che Nom nak sediakan menu ringkas, menu comfort food, iaitu Bihun sup ala Restoran Thai, dipadankan pula denga...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021

Laksa Johor Sedap
Resepi Laksa Johor yang sudah lama Che Nom teringin sangat nak kongsi resepinya di laman ini. Tapi sebelum tu mungkin a...
Diterbitkan pada 2 Ogos 2016

Sambal Belacan Padu
Kali ni Che Nom nak share resepi sambal belacan yang mantap rasanya dan juga boleh disimpan sebagai stok dalam peti seju...
Diterbitkan pada 3 Oktober 2022

Kuih Cara Berlauk
Resepi Kuih Cara Berlauk, kuih tradisi melayu yang pasti ramai menggemarinya, apa yang menarik mengenai kuih ini anda da...
Diterbitkan pada 5 Jun 2016

Cucur Kembung cicah Sambal Sardin
Jom tengok Che Nom nak buat cucur kembung dan sambal sardin berkuah pedas untuk kita cicah makan dgn cucur kembung yang ...
Diterbitkan pada 13 Februari 2023

Pes Nasi Goreng Kampung
Kali ni Che Nom nak share idea masakan yang sangat lah membantu mudahkan kerja kita memasak di dapur, iaitu cara untuk m...
Diterbitkan pada 12 Ogos 2023
Resepi Terbaru

Ayam Panggang Style Che Nom
Ayam panggang berempah, lembut dan kulit rangup dengan sentuhan rempah Che Nom.

Set Ayam Gepuk dengan Sambal Gesek Istimewa
Set Ayam Gepuk lengkap dengan sambal gesek pedas berlemak.

Biskut Cornflakes Madu
Biskut raya ringkas dengan kombinasi cornflakes rangup dan madu. Sungguh sedap dan mudah disediakan!

Buah Melaka Cair di Mulut, Manis di Hati!
Buah melaka lemak manis, gebu di luar dan cair di dalam!

Resepi Kuih Lopes Buat Berbuka
Kuih Lopes pulut kukus dengan kelapa parut dan sirap gula Melaka, memang ngam untuk berbuka puasa!

Sandwich Telur Versi Scrambled Egg
Sandwich telur dengan scrambled egg yang lembut dan berkrim, sesuai dihidang bila-bila masa.