ResepiCheNom
Kuih Cara

Resepi Kuih Cara

Prep 20 minMasak 25 minJumlah 45 minHidangan 10 biji

Kuih Cara tradisional yang lembut dan wangi, memang kegemaran ramai terutama bulan Ramadan. Guna daun pandan asli, aromanya lagi harum dan menyelerakan.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 2 cawan tepung gandum2 cawan tepung gandum250g
  • 3 cawan santan, sederhana pekat dari anggaran 1/3 biji kelapa3 cawan santan, sederhana pekat dari anggaran 1/3 biji kelapa255g
  • 4-5 helai daun pandan4-5 helai daun pandan
  • 2 biji telur2 biji telur
  • 1 sudu kecil garam1 sudu kecil garam6g
  • 2 sudu minyak masak2 sudu minyak masak
  • pewarna hijau, beberapa titikpewarna hijau, beberapa titik
  • gula pasir, secukupnyagula pasir, secukupnya

Cara Buat Kuih Cara

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Kisar kelapa parut bersama daun pandan yang dihiris nipis dan air dengan anggaran supaya menghasilkan 3 cawan pati santan.
  2. 2
    Bancuh santan bersama tepung gandum dan telur dan garam.Titiskan beberapa titik pewarna hijau dan kacau sebati. Lebih mudah jika menggunakan whisk. Tapis adunan supaya tiada ketulan kemudian isikan dalam bekas bermuncung.
  3. 3
    Panaskan acuan kuih dan griskan dengan minyak menggunakan daun pandan yang dicarikkan di hujung. Apabila acuan sudah panas, tuang adunan sehingga hampir penuh. Sudukan gula pasir dalam anggaran 1/2 sudu teh ke dalam acuan dan tutup dengan tudung periuk. Apabila permukaan kuih sudah masak, angkat dan sejukkan di dalam pinggan
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cawan tepung gandum bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
3 cawan santan, sederhana pekat dari anggaran 1/3 biji kelapa bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 255g (cawan US 240ml).
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi kuih cara, antara kuih tradisional melayu yang paling digemari terutama di bulan ramadan.

Jika menggunakan daun pandan asli, aromanya sangat harum dan menyelerakan.

Diterbitkan pada 9 Mei 201513.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru