Resepi Seri Muka Versi Niaga
Resepi kali ni sesuai sangat untuk dibuat berniaga atau tempahan iaitu kuih seri muka. Kalau anda ikut semua tips dalam resepi ni memang akan dapat permukaan kuih yang lincin sekata dan rasa pon sedap.

Bahan-bahan
Cara Buat Seri Muka
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Rendam beras pulut semalaman atau nak cepat rendam 2-3 jam. Kemudian toskan air.
- 2Masukkan santan, air sejuk (kalau guna santan fresh boleh guna santan perahan kedua), garam, minyak (kalau pakai santan kotak) dan daun pandan. Kukus selama 30 minit.
- 3Gunting kasar daun pandan.
- 4Kisar halus daun pandan, jintan manis dan 2 cwn air. Kemudian tapis ambik jus pandan.
- 5Kacau sebati tepung gandum, gula pasir, garam, jus pandan dan telur.
- 6Masukkan tepung jagung, santan, pewarna hijau dan kuning.
- 7Tapis adunan dan masak atas api perlahan sampai berbiji-biji dan naik wap panas.
- 8Keluarkan pulut yang kita kukus tadi dan gembur-gemburkan.
- 9Gris loyang (saiz 9x9x3 inci) dengan minyak masak kemudian lapik dengan plastic tahan panas. Sapu lagi sekali minyak atas plastic supaya mudah kita keluarkan kuih nanti.
- 10Pindah masuk pulut dalam loyang kemudian ratakan dan tekan rapat. Lepas dah rata, carik-carik sikit dengan garfu.
- 11Tuang masuk adunan hijau atas pulut kemudian kukus selama 45 minit api sederhana.
- 12Selepas dah masak, kita kena kukus terbuka tanpa tudung selama 10 minit nak bagi permukaan kuih talam ni kering.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 25 biji
- Kalori
- 180 kcal
- Protein
- 2.5 g
- Karbohidrat
- 25 g
- Lemak
- 7.5 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 8.5 g
- Natrium:
- 190 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Beras pulut 1 1/2 cawan dikira ~300 g; santan pekat 2 cawan (~500 ml) untuk lapisan atas.
- Gula 1 cawan dikira 200 g; 25 keping seperti dinyatakan.
- Garam dikira 1.5 sudu kecil (pulut) + 1/2 sudu kecil (kastard).
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 cwn santan bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 240g (cawan US 240ml).
- 2 sb minyak masak bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 27g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Cara yang betuk kita nak scoop tepung, kita kena gembur-gembur dulu sampai rasa tepung tu ringan lepas tu baru sukat. Biasanya kalau kita terus scoop nanti sukatan akan lari sebab lebih padat.
- Che Nom kacau adunan hijau dengan whisk je, nak blender boleh tapi takut nanti texture atau permukaan kuih akan jadi gelembung-gelembung sebab telur jadi kembang.
- Balut tudung pengukus dengan kain atau tutup loyang dengan aluminium foil nak elak wap air jatuh atas kuih.
Video
Pengenalan
Rasa macam dah lama tak buat kuih tradisional, jadi kali ni Che Nom nak share resepi kuih seri muka. Mesti ramai yang suka makan kuih ni kan. Kalau ternampak jualan dekat luar selalu Che Nom beli cuma tulah susah sangat nak dapat yang sedap. Resepi kali ni sesuai sangat untuk dibuat berniaga, nak buat tempahan ke atau nak letak dekat vendor ke.
Sebab kuih tu lembut baik lapisan putih atau lapisan hijau tapi masih berbentuk cantik bila kita potong, tak mudah hancur. Kalau anda ikut semua tips dalam resepi ni memang akan dapat permukaan kuih yang lincin sekata, rasa pon insyallah sedap dengan rasa berlemak masin di bahagian lapisan pulut tu dan lapisan hijau pandan pon harum wangi berlemak manis. Makan sepotong memang tak cukup. Kalau buat minum petang ni uih nikmat dia tak terkata.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat









