Resepi Kuih Bom Bijan Kelapa
Resepi Kuih Bom Bijan inti kelapa versi Che Nom, rangup di luar tapi lembut sangat di dalam. Siap dengan tips goreng supaya tak meletop dan jadi cantik.

Bahan-bahan
Cara Buat Kuih Bom Bijan Kelapa
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 16 biji
- Kalori
- 230 kcal
- Protein
- 2.5 g
- Karbohidrat
- 26.5 g
- Lemak
- 13 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 7 g
- Natrium:
- 110 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1 biji kelapa parut dianggar 300 g; ia menyumbang kebanyakan lemak.
- Minyak menggoreng dianggar 6 g serapan setiap biji bom.
- Jumlah gula (melaka, merah Thai, putih) dianggar 117 g.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 cwn tepung pulut bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 320g (cawan US 240ml).
- 1/4 cwn tepung gandum bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 31g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Gula dapat bantu elakkan kuih pecah dan jadi ranggup di luar bila kita goreng.
- Petua kalau tak nak kuih bom meletup masa goreng, campur dulu tepung gandum dan tepung pulut sebelum tuang masuk air.
- Sementara bulatkan inti, tutup doh dengan kain, takut kering.
- Kalau nak kuih yang cantik minyak kena tenggelam, Che Nom guna periuk untuk jimat minyak.
- Tip untuk elak meletup, masa mula-mula goreng api kena perlahan je dan masa nak angkat baru boleh kuatkan sikit api dan kerap kacau.
Video
Pengenalan
Dalam resepi ni Che Nom kongsikan resepi versi ke 2 dan tips yang untuk hasil kan kuih bom bijan yang rangup diluar dan lembuttt sangat dalam nya. Sebelum ni Che Nom dah kongsi video resepi kuih bom yang berbeza, dan tetap menjadi.
Baru-baru ni ramai follower yang share dgn Che Nom macam mana nak buat kuih bom yang tak meletop cara tradisi dan sedap. InsyaAllah menjadi kalau follow tips nya tu.
Kuih bom ada macam-macam inti kacang merah la, kacang hijau la, kacang tanah la. Tapi kali ni nak share cara buat inti kelapa yang mudah saja, sedap dan berbaloi kalau buat sendiri.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









