ResepiCheNom
Kerabu Daging Ala Thai

Resepi Kerabu Daging Ala Thai

Prep 15 minMasak 30 minJumlah 45 minHidangan 3 orang

Kerabu Daging ala Thai ni gabungan masam pedas yang menyengat dengan aroma serai yang wangi, memang naik selera. Sedap dimakan dengan nasi panas, guna daging segar baru padu.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 300g daging, rebus smpai lembut300g daging, rebus smpai lembut
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 1 batang serai, hiris nipis1 batang serai, hiris nipis
  • 1 biji tomato, hiris nipis1 biji tomato, hiris nipis
  • 5-7 biji cili padi, hiris nipis5-7 biji cili padi, hiris nipis
  • 2 sudu besar sos ikan2 sudu besar sos ikan
  • 1 biji limau nipis, ambil jus1 biji limau nipis, ambil jus
  • 3 helai daun limau purut, hiris halus3 helai daun limau purut, hiris halus
  • garam dan gula secukup rasagaram dan gula secukup rasa

Cara Buat Kerabu Daging

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Hiris daging rebus nipis-nipis dengan cara melintang urat.
  2. 2
    Gaulkan daging bersama kesemua bahan di atas.
  3. 3
    Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula kerana dapat mengimbangi rasa masam dan pedas.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Rebus daging sehingga empuk, dan cara untuk melembutkan daging mengikut petua orang-orang tua ialah dengan rebus daging bersama sebatang sudu, atau boleh juga dimasukkan daun nangka atau daun betik.
Video
Pengenalan

Resepi Kerabu Daging ala Thai, sejenis kerabu yang sangat sedap dan popular dari negara jiran.

Kombinasi masam, pedas dan aroma dari hirisan serai yang sangat harum membuatkan kerabu ini sebagai pembuka selera jika dimakan bersama nasi panas.

Pastikan daging yang digunakan adalah segar.

Diterbitkan pada 29 Disember 20157.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru