
Kek Batik Milo
Jom ikut Che Nom buat kek batik Milo terpaling sempoi. Dengan hanya menggunakan 4 bahan sahaja kita akan dapat hasilkan kek batik yang penuh dengan rasa coklat dan berlemak manis. Kek batik ni jenis yang lembut tapi masih rangup nya tu, memang terbaik rasanya. Kek batik ni tak perlukan telur dan tak perlu serbuk koko pun.
Che Nom hasilkan resepi ni sempena cuti sekolah yang dah pun bermula, jadi boleh lah buat aktiviti masak-memasak dengan anak-anak kat rumah. Mesti best kan. Sukatan pun mudah sangat, tak perlu sukat cawan metrik, tak perlu timbang. Gerenti jadi punya.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 pek/ 200g Milo
- 1/2 cwn/ 110g mentega
- 1/2 cwn/ 120ml susu pekat
- 1 pek/ 220g biskut marie
- 1/4 cwn/ 60ml air panas
- 1Patah-patahkan biskut marie kepada 3-4 bahagian
- 2Gris loyang dengan majerin dan alas dengan kertas baking atau plastik untuk senang keluarkan kek nanti.
- 3Panaskan kuali dan cairkan mentega.
- 4Masukkan milo, susu pekat, dan air panas. Kacau kesemua bahan sampai cair sekata dan tak berketul.
- 5Masak atas api perlahan.
- 6Kalau terkuat api dan adunan terlalu kering atau pekat sangat, boleh tambah air panas 2-3 sudu dan teruskan kacau.
- 7Masukkan biskut marie dan kacau sampai bersalut sekata,
- 8Susun masuk biskut dalam loyang dan tekan rapat.
- 9Sejukkan kek dalam chiller sekurang-kurangnya 2 jam.
- 10Keluarkan kek dari loyang dan tabur serbuk milo atas kek sebagai hiasan.
- 11Potong dan sedia untuk dihidang.
- •Cara mudah untuk potong kertas baking untuk loyang bulat, potong kertas baking lebih besar sikit dari loyang. Kemudian lipat menjadi 4 bahagian sama besar. Dan lipat lagi sisi hujung kertas 3-4 kali menjadi segitiga. Letak hujung lipatan kertas pada bahagian tengah loyang, sukat dan gunting mengikut panjang diameter loyang yang anda. Buka lipatan dan masukkan dalam loyang seperti biasa.
- •Jaga api jangan kuat takut nanti berkerak atau hangus lagi susah.
- •Masa masukkan adunan kek dalam loyang, Che Nom biasanya masukkan sikit-sikit untuk lebih mudah ratakan kek. Susun sikit-sikit untuk kurangkan rongga-rongga yang kosong.
- •Masa ratakan kek, jangan tekan terlalu kuat takut keras bila nak potong.
- •Sebelum potong kek, celup pisau dalam air panas untuk potongan yang lebih kemas. Boleh juga lap juga pisau dengan tisu kalau pisau melekit setiap kali potong.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan

Kek Batik Marie Dengan Topping Coklat Ganache
Kek Batik Coklat Ganache yang sedap, dan cantik permukaannya. Siapa tak kek batik kan? Paling mudah disediakan, tapi kal...

Kek Buah Kukus
Jom kita buat kek buah kukus yang lembab, penuh dengan buah buahan kering, rasa manis berkaramel, dan sangat wangi. Che ...

Kek Butter Premium & Klasik Che Nom
Kali ni Che Nom nak share resepi antara kek yang paling Che Nom suka sangat makan, iaitu Kek Butter. Kek butter ni sanga...

Kek Tapak Kuda
Cara membuat Kek Tapak Kuda yang tengah viral. Kek ini sangat halus, lembut, gebu dan premium. Diadun menggunakan kaedah all in one method dan ovalette, kek ini mudah digulung, tidak merekah dan sesuai untuk hidangan raya.
Kek Pandan Gula Melaka
Kek Pandan Gula Melaka dengan Swiss Meringue Buttercream. Gabungan yang perfect sangat dan resepi kali ini dengan rendah...
Blueberry Cheesecake Oreo Tanpa Bakar
Blueberry Cheesecake yg disediakan dari fresh blueberry, dessert bertaraf 5 bintang yg menarik rupa dan warna nya, tekst...