Resepi Kek Batik Cheese Neapolitan
Kek batik klasik naik level dengan 3 lapisan Neapolitan: coklat, cheese vanilla dan cheese strawberry, siap ganache coklat yang silky. Memang sedap dan nampak premium.

Bahan-bahan
Cara Buat Kek Batik Cheese Neapolitan
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 potong · resepi untuk 16 potong
- Kalori
- 505 kcal
- Protein
- 5.5 g
- Karbohidrat
- 37 g
- Lemak
- 37 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 20 g
- Natrium:
- 130 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Semua tiga lapisan dikira: asas batik, lapisan cream cheese dan ganache coklat.
- Sukatan gram/ml dalam resepi digunakan terus; 1 cawan susu pekat = 300 g.
- Coklat kompaun gelap dikira 540 kcal/100 g dan whipping cream 340 kcal/100 ml.
- Gelatin dan esen vanila tidak menyumbang kalori bermakna.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 150g mentega bersamaan berapa cawan?
- ± ⅔ cawan (cawan US 240ml).
- 1/2 cwn susu pekat bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 158g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Rehatkan dalam dalam peti sejuk.
- Tuang lapisan cream cheese vanilla, ratakan dan masuk balik dalam peti sejuk.
- Cara-cara lapisan cream cheese:
- Cara-cara coklat ganache:
- Campur whipping cream dengan adunan cream cheese dan kacau sebati.
- Cara-cara kek batik:
- Patahkan biskut marie pada 3-4 bahagian.
- Panaskan butter sampai cair.
- Masukkan susu pekat manis, susu full cream, serbuk koko (ayak dulu), dan serbuk malt coklat. Kacau sampai larut.
- Masukkan esen vanilla dan tutup api.
- Pukul telur dan tuang masuk dalam adunan. Cepat-cepat kacau.
- Masuk semua biskut marie dan gaul sekata.
- Lapik loyang (saiz 8x8 inci) dengan kertas baking.
- Tuang masuk adunan kek batik kedalam loyang kemudain ratakan dan tekan biar rapat.
- Potong dadu cream cheese dan biarkan lembut suhu bilik.
- Lenyek cream cheese, gula kastor dan susu pekat sampai creamy.
- Dalam mangkuk yang berasingan, putar whipping cream sampai kental.
- Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian tambah esen vanilla, satu lagi tambah strawberry emulco.
- Tuang adunan cream cheese strawberry atas kek batik. Ratakan dan masukkan dalam freezer 10-15 minit.
- Cairkan dark chocolate compound, dairy whipping cream dan butter dengan kaedah double boil.
- Tuang coklat ganache atas kek batik.
- Sejukkan semalaman sebelum potong.
Video
Pengenalan
Jom tengok Che Nom sediakan kek kegemaran ramai iaitu kek batik cheese Neapolitan. Ada 3 rasa, iaitu coklat, cheese strawberry dan cheese vanilla. Gabungan kesemua sangat lah sedap, ditambah pula dengan pengunaan Anchor Cream Cheese untuk lapisan cheese. 100% dairy product dari New Zealand. Sebab tu sedap.
Anchor Cream Cheese ni mempunyai kestabilan yang sangat baik bila bakar. Juga terbaik untuk resepi panas ataupun sejuk.Terus jadi another level kek batik kita.
Mula-mula Che Nom sediakan lapisan kek batik klasik. Kemudian kita sediakan lapisan cream cheese dengan 2 flavour iaitu strawberry dan vanilla. Last sekali untuk lebih premium, kita tuang lapisan coklat ganache yang silky & smooth.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Ayam Tandoori Air Fryer Style Mamak dan Sos Hijau

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai









