
Karipap Oksigen
Kali ni Che Nom dah buat satu jenis kuih yang rare, iaitu karipap oksigan. Rare tu bukan sebab apa, sebab selalunya orang marah kalau beli dapat kuih mcm ni, rasa mcm terkena kan. Tapi rupa-rupaya ada peminat kuih karipap oksigan ni, terutamanya budak-budak kan. Geram je tgk digigitnya kulit, inti buang.
Ha bukan senang jugak nak buat karipap oksigen yang kembung sekata dan rangup. Kena ada skill jugak. Hasil karipap yang Che Nom tunjuk kali ni memang rangup kulitnya..dan tahan lama rangup tu sampai berjam-jam. Peminat karipap oksigen, ha jom lah cuba.Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 cwn tepung gandum
- 1 sb tepung beras
- 1/2 sk garam
- 1/4 cwn minyak masak
- 1 sb majerin
- 1/2 cwn air sejuk
- 1Potong doh, sesuai untuk saiz 1 biji karipap.
- 2Masukkan tepung gandum, tepung beras dan garam dalam mangkuk.
- 3Panaskan minyak masak dan majerin sampai mendidih.
- 4Tuang masuk campuran majerin dan minyak panas dalam adunan kering.
- 5Gaul sekata sampai jadi macam serbuk breadcrumb.
- 6Tuang masuk air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sampai jadi doh.
- 7Rehatkan doh minimum 1/2 jam.
- 8Keluarkan doh dan uli sikit.
- 9Bulatkan doh dan canai sampai nipis.
- 10Letak atas acuan, tekan rapat (jangan ada gelembung).
- 11Tutup acuan dan kemaskan baki doh yang terkeluar.
- 12Kalau kelim manual, caranya sama, canai sampai nipis, kemudian lipat dua dan kelim ditepi.
- 13Panaskan minyak dan goreng karipap.
- 14Kerap alih-alihkan karipap. Bila dah perang, boleh angkat dan toskan minyak.
- •Kalau kelim manual, tengah-tengah jangan tekan rapat takut nanti karipap tak kembang bila goreng.
- •Doh tak boleh tebal sangat nanti karipap tak kembang penuh oksigen.
- •Minyak untuk goreng kena banyak dan tenggelam kuih.
- •Kalau karipap kelim pakai tangan, minyak kena betul-betul panas sebab kita nak karipap tu mengelembung.
- •Lepas karipap dah kembung, baru perlahankan api (supaya karipap masak sekata).
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
Spaghetti aglio olio nampak ringkas, tetapi kalau teknik tersilap, hasilnya boleh jadi lembik, berminyak, atau pahit akibat bawang putih hangus. Kunc...

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
Rasa dah sedap. Lemak manis pun cukup. Tapi bila angkat dari pengukus, rupa kuih jadi hancur — permukaan berkedut, lapisan tak rata, siap ada ai...

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
Kuih lapis yang menjadi bukan sekadar manis. Ia mesti gedik, lembut, kenyal, dan paling penting — boleh ditarik selapis-selapis tanpa putus. Ra...

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
Pernah tak buat kuih lapis guna santan kotak, tapi hasilnya mengecewakan? Permukaan kuih penuh lubang-lubang kecil, tekstur kasar, tak licin macam ku...

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
Masa muda-muda dulu, Che Nom pernah ada satu cita-cita yang agak besar — nak jadi pramugari. Bukan kerana glamour atau uniform yang cantik, tet...

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...
Resepi Berkaitan

Bingka ubi kayu
Dalam resepi Bingka ubi ni Che Nom ada share tips nak pilih ubi kayu yang fresh dan cara sediakan adunan anti gagal.
Diterbitkan pada 7 Januari 2025

Cucur roti
Cucur roti dengan sos pencicah bawang putih memang layan sangat, nak-nak pulak kalau waktu petang atau time hujan. Kalau ada roti nak expired tu bolehlah cuba.
Diterbitkan pada 28 Julai 2024

Apam Pisang Kukus
Texture apam ni sangat lembut, gebu dan manis berlemak secukup rasa. Bahan-bahan cukup mudah dan yang penting kena ada pisang masak ranum baru sedap.
Diterbitkan pada 26 Jun 2024

Kuih Cara Berlauk
Cara membuat Kuih Cara Berlauk, kuih tradisi Melayu yang mungkin ramai belum pernah cuba. Inti daging dimasak dengan rempah dan adunan kuih cara disediakan menggunakan blender.
Diterbitkan pada 25 April 2024

Apam Nasi Pandan
Apam Pandan Mekar yang lembut, gebu dan beraroma pandan. Resepi ini menggunakan nasi sejuk dan tidak memerlukan Eno. Tips untuk mendapatkan apam yang mekar turut dikongsikan.
Diterbitkan pada 8 Februari 2024

Cempedak goreng
undefined...
Diterbitkan pada 10 Disember 2023
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
Kuih lapis tradisional premium yang lembut, kenyal, berlemak santan dan wangi sirap ros, dengan lapisan yang boleh ditarik satu persatu.

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.