ResepiCheNom
Kari Kambing Sedap

Resepi Kari Kambing Sedap

Prep 30 minMasak 2 jamJumlah 2 jam 30 minHidangan 10 orang

Kari kambing pekat berempah yang sedap dimakan dengan nasi hujan panas, nasi minyak atau roti jala.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 2 kg daging kambing bersama tulang (bahagian kaki lebih baik)2 kg daging kambing bersama tulang (bahagian kaki lebih baik)
  • 4 biji kentang, kupas kulit dan potong dadu besar4 biji kentang, kupas kulit dan potong dadu besar
  • 2 biji tomato, potong 42 biji tomato, potong 4
  • 2 cawan santan pekat2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair1 cawan santan cair
  • 2 sudu besar kerisik2 sudu besar kerisik
  • 2 keping asam gelugor, atau air asam jawa2 keping asam gelugor, atau air asam jawa
  • Sedikit gula melakaSedikit gula melaka
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • 1 senduk minyak, untuk menumis1 senduk minyak, untuk menumis

Bahan Untuk Dibancuh Dengan Air

  • 1 sudu besar serbuk cili1 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk kurma daging2 sudu besar serbuk kurma daging
  • 6 sudu besar serbuk rempah kari daging6 sudu besar serbuk rempah kari daging

Bahan Untuk Dikisar

  • 1 biji bawang besar1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah5 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih5-6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia2 inci halia
  • 1 inci lengkuas1 inci lengkuas

Bahan Untuk Rempah Tumis

  • 2 batang kayu manis2 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang2 kuntum bunga lawang
  • 5 batang cengkih5 batang cengkih

Cara Buat Kari Kambing

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Basuh daging kambing bersama sedikit tepung gandum sehingga bersih dan toskan.
  2. 2
    Masukkan air anggaran separuh tenggelam daging. Rebus sehingga lembut. Kalau gunakan kaedah rebus biasa masa untuk daging lembut lebih kurang 2 setengah uingga 3 jam. Jika gunakan pressure cooker anggaran masa 30 minit hingga 45 minit.
  3. 3
    Panaskan minyak, tumis bahan rempah tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar halus.
  4. 4
    Masukkan rempah yang telah dibancuh air dan tumis sehingga pecah minyak. Kacau dengan kerap supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering semasa menumis.
  5. 5
    Masukkan daging kambing yang telah direbus. Masak seketika hingga rempah meresap ke dalam daging.
  6. 6
    Kemudian masukkan air rebusan daging, santan cair, kerisik, asam gelugor atau asam jawa dan kentang. Masak sehingga mendidih dan sedikit kering.
  7. 7
    Masukkan santan pekat, gula melaka dan garam secukup rasa.
  8. 8
    Sebelum angkat masukkan tomato dan tutup api.
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi kari kambing yang sedap, dan sangat sesuai jika dimakan bersama nasi hujan panas, nasi jagung atau nasi minyak. Selain itu sedap juga jika dimakan bersama roti jala.

Apa yang menarik tentang kari ini rasanya makin sedap jika dipanaskan keesokan harinya.

Saya gunakan pressure cooker untuk merebus daging kerana jimat masa untuk masak daging hingga empuk. Jika anda tak ada pressure cooker, jangan risau rebus saja macam biasa sehingga lembut.i

Diterbitkan pada 22 November 2014109.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru