ResepiCheNom
Daging Masak Hitam

Resepi Daging Masak Hitam

Prep 30 minMasak 2 jamJumlah 2 jam 30 minHidangan 5 orang

Daging Masak Hitam ni kuahnya pekat, berempah dan cukup seimbang masin manis dari kicap serta sos tiram, dengan sedikit masam tomato.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 500g daging500g daging
  • 1 batang serai, ketuk1 batang serai, ketuk
  • 1 helai daun pandan1 helai daun pandan
  • 1 batang kayu manis1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang2 kuntum bunga lawang
  • kuntum bunga cengkihkuntum bunga cengkih
  • 2 sudu besar cili kisar2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji tomato, hiris nipis1 biji tomato, hiris nipis
  • kicap manis secukupnyakicap manis secukupnya

Bahan Untuk Perapan

  • 1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis1 sudu kecil serbuk jintan manis

Bahan Untuk Tumbuk Halus

  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah4 biji bawang merah
  • 1 inci halia1 inci halia

Cara Buat Daging Masak Hitam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Hiris daging melintang arah urat supaya tidak liat.
  2. 2
    Perap daging dengan bahan-bahan tumbuk halus dan bahan-bahan untuk perapan selama minimum 1/2 jam.
  3. 3
    Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan serai, daun pandan, kayu manis,buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
  4. 4
    Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga garing.
  5. 5
    Masukkan tomato dan masak sehingga tomato lembut.
  6. 6
    Masukkan daging yang diperap tadi dan tambah lagi kicap manis secukupnya.
  7. 7
    Masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Lagi lama diperap daging, makin sedap rasanya kerana bahan perapan meresap ke dalam daging dan menjadikannya lembut.
Video
Pengenalan

Resepi Daging Masak Hitam yang sangat sedap dan Che Nom selalu masak daging ni untuk dimakan bersama nasi tomato dan juga nasi minyak. Rasa kuahnya yang berempah dan pekat memang terbaik.

Untuk resepi daging masak hitam ni tidak perlu lagi dimasukkan garam kerana rasa masin dan manis dari sos tiram dan kicap sudah mencukupi. Rasa masam pula diseimbangkan dengan rasa tomato. Boleh juga kalau nak gantikan buah tomato dengan tomato puree.

Diterbitkan pada 16 September 2018268.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru