Resepi Begedil Ayam Sedap
Resipi begedil ayam mudah dan sedap, sesuai dihidang bersama soto ayam. Guna kentang tempatan, tambah cili ikut suka, dan daun sup atau daun bawang.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 500 gram (4-5 biji) ubi kentang, kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci
- 150 gram daging ayam kisar
- 1 biji bawang besar, didadu kecil
- 1 pokok daun sup, hiris halus
- 3 sudu besar bawang goreng
- 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 biji cili merah, cincang kasar (kalau nak sedikit pedas)
- garam secukup rasa
- 1 biji telur ayam
- Minyak untuk menggoreng
Cara Buat Begedil Ayam
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang
- Kalori
- 390 kcal
- Protein
- 11 g
- Karbohidrat
- 27 g
- Lemak
- 27 g
- Serat:
- 2.5 g
- Gula:
- 2 g
- Natrium:
- 600 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan; ~12 biji begedil dianggar 4 orang (3 biji seorang).
- Minyak goreng dalam dikira 10% serapan pada ~750 g adunan.
- Garam secukup rasa dianggar 1 sudu kecil; daging ayam kisar 150 g dikira isi peha.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Goreng Bawang Dahulu - Pastikan bawang besar dan ayam dimasak hingga kering agar adunan begedil tidak terlalu lembik.
- Gunakan Kentang Tempatan - Kentang tempatan lebih sesuai dan memberikan tekstur padat serta rasa yang lebih ‘lemak’ untuk begedil berbanding kentang import.
- Lenyek Kentang Panas - Kentang yang masih panas lebih mudah dilenyek halus dan menyerap perasa dengan lebih baik.
- Sesuaikan Kelembapan Adunan - Jika adunan terlalu lembik, tambahkan bawang goreng atau daun sup untuk menyerap kelembapan.
- Rehatkan Adunan - Bentuk begedil dan biarkan seketika supaya ia lebih kukuh sebelum digoreng.
- Suhu Minyak Sederhana - Goreng dengan api sederhana agar begedil masak sekata, tidak cepat garing di luar tetapi mentah di dalam.
- Telur sebagai ‘Gam’ - Celupan telur membantu mengekalkan bentuk dan memberi permukaan gorengan yang cantik.
- Elak ‘Overcrowd’ Kuali - Goreng secara berperingkat untuk mengekalkan suhu minyak stabil.
- Alternatif Daun Herba - Gantikan daun sup dengan daun bawang atau gunakan kedua-duanya untuk menambah rasa dan warna.
- Simpan Lebihan - Susun begedil yang telah dibentuk dalam bekas bertutup dan simpan di peti sejuk untuk kegunaan seterusnya.
Video
Pengenalan
Resipi Begedil Ayam yang sangat mudah dimasak dan sangat sedap. Che Nom sediakan begedil ayam ni untuk dihidangkan bersama soto ayam, sebabnya tak sedaplah soto kalau tak ada begedil kan,.
Untuk resipi ini, kentang yang digunakan ialah kentang yang biasa terdapat di kedai, bukannya kentang jenis yang diimport seperti kentang USA atau russet. Pendek kata, kentang tempatan atau asia yang murah tu lagi sedap buat begedil.
Boleh letak cili kalau anda suka pedas. Satu lagi nota, jika anda nak gantikan daun sup dengan daun bawang pun ok, atau nak letak dua-dua pon boleh. Sila lah cuba! :)
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus








