ResepiCheNom
Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi
Ikan

Resepi Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi

Prep 10 minMasak 5 minJumlah 15 minHidangan 1 orang

Ikan bilis rangup digaul kicap manis dan cili padi, lauk paling cepat tapi buat nasi laju habis. Tak perlu tambah gula atau garam, sedap makan dengan nasi panas, bubur atau roti.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 1 mangkuk besar ATAU 300g ikan bilis1 mangkuk besar ATAU 300g ikan bilis
  • 1 mangkuk kecil minyak1 mangkuk kecil minyak
  • 1 sudu besar cili kisar1 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 7-8 biji cili padi, hiris nipis7-8 biji cili padi, hiris nipis
  • sedikit kicap manissedikit kicap manis
  • limau nipislimau nipis

Cara Buat Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan minyak.
  2. 2
    Bersihkan dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. 3
    Buang sedikit minyak gorengan ikan bilis, tinggalkan dalam anggaran 3-4 sudu.
  4. 4
    Tumis cili kisar sehingga masak garing dan pecah minyak.
  5. 5
    Masukkan bawang besar dan cili padi. Kacau sehingga sedikit layu. Masukkan ikan bilis dan sedikit kicap manis.
  6. 6
    Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama hirisan limau nipis.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Jangan masukkan kicap banyak dan berkuah sangat kerana nanti ikan bilis cepat jadi lembik, memadai cukup sekadar kicap menyaluti ikan bilis dan sedikit sahaja kuahnhya.
  • Kalau anda suka lebih pedas boleh lebihkan cili padi.
  • Bawang besar tak perlu dikacau lama sangat supaya rasanya sedikit rangup bila dimakan nanti.
Pengenalan

Resepi Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi, hidangan yang paling cepat dan simple tapi boleh menyebabkan anda bertambah-tambah nasi bila makan dengan lauk macam ni.

Kos nak sediakannya pun murah, selain sesuai untuk menu orang bujang atau menu 'menunggu gaji' bak kata orang :) Che Nom gunakan kicap manis dalam hidangan ni, jadi tak perlu lagi tambah gula. Garam pun tak perlu tambah lagi kerana ikan bilis tu dah masin rasanya.

Anak-anak Che Nom suka sangat makan Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi ni bersama nasi panas je. Kalau nak makan dengan bubur nasi atau roti pun boleh. Selamat Mencuba.

Diterbitkan pada 1 Disember 201911K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru