Resepi Donut Montok Dan Gebu
Jom buat donut montok dan gebu ala enrich dough guna butter, telur dan susu, hasilnya lembut walau tanpa pelembut roti.

Bahan-bahan
Bahan Untuk Donut
- 250g tepung roti
- 100ml susu
- 3 sb gula
- 1 biji telur
- 1 sk serbuk yis kering
- 1/4 sk garam
- 1/4 sk serbuk penaik
- 1 sb mentega
- Gula untuk salutan
Cara Buat Donut
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Donut
- 1Bancuh yis dengan susu dan gula. Kacau sebati untuk bagi gula larut sikit.
- 2Pecahkan telur dan masukkan dalam adunan yis. (kalau tak berapa yakin, boleh pecah telur masuk dalam bekas lain dulu, takut-takut termasuk kulit telur atau bendasing yang lain). Pukul sebati telur dan adunan yis kemudian ketepikan.
- 3Masukkan tepung roti dan garam dalam mangkuk adunan. Gaul sebati biar garam bersalut dengan tepung.
- 4Masukkan dalam mixer tepung, baking powder dan bancuhan yis. Uli selama 10 minit.
- 5Masukkan mentega (boleh ganti dengan majerin kalau suka). Sambung uli sampai kenyal dan tak melekat.
- 6Keluarkan doh dan sambung uli sikit.
- 7Perap anggaran 1 jam atau sampai doh naik 2 kali ganda.
- 8Timbang berat doh dan bahagi kepada 15 atau 20 bahagian (kalau 20 hasil donut nanti akan lebih kecil dan comel), Che Nom timbang dan berat untuk satu donut 30g.
- 9Bulat-bulatkan doh kemudian tutup dan rehat 10 minit.
- 10Letak doh atas kertas baking yang dipotong kecil-kecil dan ditabur tepung sebab tak nak doh melekat.
- 11Tekan doh biar leper sikit, tebal anggaran 1 cm.
- 12Kemudian boleh buat lubang ditengah.
- 13Rehatkan lagi anggaran 20 minit.
- 14Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana.
- 15Bila donut dah keperanggan boleh angkat dan salut dengan gula halus.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 15 biji
- Kalori
- 120 kcal
- Protein
- 3 g
- Karbohidrat
- 18.5 g
- Lemak
- 4 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 6 g
- Natrium:
- 50 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Serapan minyak dikira 8% pada doh beryis (~39 g untuk 15 biji).
- Gula salutan dianggar 50 g keseluruhan.
- Sukatan gram dan ml yang diberi digunakan terus.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 250g tepung roti bersamaan berapa cawan?
- ± 2 ⅓ cawan (cawan US 240ml).
- 3 sb gula bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 38g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Sebelum masuk bancuhan yis kedalam adunan tepung, gaul dulu tepung dan garam sampai sebati. Kalau yis terkena garam, ia akan menjejaskan fungsi yis .
- Masa untuk perap doh mungkin tak sama sebab ikut cuaca, ada tempat yang panas ada yang sejuk sikit.
- Che Nom suka salut dengan gula halus masa donut masih suam-suam. Kadana Che Nom tabur jugak serbuk kulit kayu manis sikit.
- Kalau nak buat frozen, boleh goreng dulu sampai kekuningan dan simpan dalam frezzer. Kalau nak makan keluarkan dan goreng lagi sekali dan salut gula.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak kongsi satu resepi terbaik, iaitu donut montok dan gebu yang sesuai sangat untuk dibuat berniaga. Doh donut untuk resepi ni dikategorikan sebagai “enrich dough” sebab kita guna butter, telur dan susu. Lemak dalam bahan-bahan tersebut bila diuli dengan tepung roti akan menghasilkan donut yang lembut dan gebu walaupun tanpa gunakan pelembut roti.
Cara bentukkan dan perap yis pun sedikit berbeza dari video donut yang pernah Che Nom share sebelum ni.
Che Nom biasa simpan di luar je tanpa salut gula, dan keesokan harinya bila makan, donut masih tetap lembut. Nak buat frozen pun sesuai sangat.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









