Resepi Donut Ball Gebu Guna Pelembut Roti Homemade
Donut ball gebu dan lembut guna pelembut roti homemade tanzhong. Cara mudah, masak tepung dengan air jadi pekat, campur dalam doh, hasilnya memang lembut.

Bahan-bahan
Cara Buat Donut Ball
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 30 biji
- Kalori
- 80 kcal
- Protein
- 1.5 g
- Karbohidrat
- 11 g
- Lemak
- 3.5 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 2.5 g
- Natrium:
- 50 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Minyak menggoreng tidak disenaraikan; serapan dianggar 10% kerana bebola kecil.
- Gula kastor salutan dianggar 50 g untuk keseluruhan 30 biji.
- Tangzhong (pelembut roti) dikira sebahagian daripada doh.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 sb tepung gandum bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 16g (cawan US 240ml).
- 6 sb air bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 90g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Semasa goreng, jangan kerap alih takut donut serap banyak minyak.
- Nak tau tangzhong dah masak, bila kita lorek dan doh tak cair atau bila hentak (dari atas ke bawah dengan sudu) doh jadi bentuk tajam atau v.
- Susu jangan panas sangat sampai mendidih takut yis mati.
- Untuk resepi ni, seeloknya guna tepung roti, sebab high protein dan banyak gluten terhasil bila kita uli, gluten tu yang akan bagi texture roti lembut.
- Boleh ganti salutan gula dengan tepung susu. Campur tepung susu dan sedikit gula kemudian gaul sebati.
Video
Pengenalan
Jom kita men’donut’ pulak kali ni. Kalau cakap pasal donut, semestnya kita nak donut yang lembut kan? Ada berbagai cara dan bahan untuk nak lembutkan donut, sama ada guna bahan additive seperti bread softener, atau cream super dan juga guna bahan semulajadi contoh seperti kentang.
Kali ni Che Nom nak guna bahan tambahan yang dibuat sendiri iaitu tanzhong atau water roux. Cara ni memang famous di sebelah asia, dengan tujuan untuk lembutkan roti. Caranya, tepung tu kita masak denga air sampai jadi pekat. Kemudian ditambah masuk dalam doh. Hasil roti dan donut memang lembut.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









