
Donut Montok dan Gebu
Kali ni Che Nom nak kongsi satu resepi terbaik, iaitu donut montok dan gebu yang sesuai sangat untuk dibuat berniaga. Doh donut untuk resepi ni dikategorikan sebagai “enrich dough” sebab kita guna butter, telur dan susu. Lemak dalam bahan-bahan tersebut bila diuli dengan tepung roti akan menghasilkan donut yang lembut dan gebu walaupun tanpa gunakan pelembut roti.
Cara bentukkan dan perap yis pun sedikit berbeza dari video donut yang pernah Che Nom share sebelum ni.
Che Nom biasa simpan di luar je tanpa salut gula, dan keesokan harinya bila makan, donut masih tetap lembut. Nak buat frozen pun sesuai sangat.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 250g tepung roti
- 100ml susu
- 3 sb gula
- 1 biji telur
- 1 sk serbuk yis kering
- 1/4 sk garam
- 1/4 sk serbuk penaik
- 1 sb mentega
- Gula untuk salutan
- 1Bancuh yis dengan susu dan gula. Kacau sebati untuk bagi gula larut sikit.
- 2Pecahkan telur dan masukkan dalam adunan yis. (kalau tak berapa yakin, boleh pecah telur masuk dalam bekas lain dulu, takut-takut termasuk kulit telur atau bendasing yang lain). Pukul sebati telur dan adunan yis kemudian ketepikan.
- 3Masukkan tepung roti dan garam dalam mangkuk adunan. Gaul sebati biar garam bersalut dengan tepung.
- 4Masukkan dalam mixer tepung, baking powder dan bancuhan yis. Uli selama 10 minit.
- 5Masukkan mentega (boleh ganti dengan majerin kalau suka). Sambung uli sampai kenyal dan tak melekat.
- 6Keluarkan doh dan sambung uli sikit.
- 7Perap anggaran 1 jam atau sampai doh naik 2 kali ganda.
- 8Timbang berat doh dan bahagi kepada 15 atau 20 bahagian (kalau 20 hasil donut nanti akan lebih kecil dan comel), Che Nom timbang dan berat untuk satu donut 30g.
- 9Bulat-bulatkan doh kemudian tutup dan rehat 10 minit.
- 10Letak doh atas kertas baking yang dipotong kecil-kecil dan ditabur tepung sebab tak nak doh melekat.
- 11Tekan doh biar leper sikit, tebal anggaran 1 cm.
- 12Kemudian boleh buat lubang ditengah.
- 13Rehatkan lagi anggaran 20 minit.
- 14Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana.
- 15Bila donut dah keperanggan boleh angkat dan salut dengan gula halus.
- •Sebelum masuk bancuhan yis kedalam adunan tepung, gaul dulu tepung dan garam sampai sebati. Kalau yis terkena garam, ia akan menjejaskan fungsi yis .
- •Masa untuk perap doh mungkin tak sama sebab ikut cuaca, ada tempat yang panas ada yang sejuk sikit.
- •Che Nom suka salut dengan gula halus masa donut masih suam-suam. Kadana Che Nom tabur jugak serbuk kulit kayu manis sikit.
- •Kalau nak buat frozen, boleh goreng dulu sampai kekuningan dan simpan dalam frezzer. Kalau nak makan keluarkan dan goreng lagi sekali dan salut gula.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
5 Januari 2026

Bihun Goreng Lembut Tanpa Hancur: Teknik “Tutup 5 Minit” Tak Perlu Kacau Lama
5 Januari 2026

Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat

Ayam Sambal Berlada






