
Donut Tanpa Telur
Untuk resepi special kali ni, Che Nom nak sediakan donat yang amat gebu, yang lembut di dalam dan montok hasilnya tanpa guna telur. Bahan nya basic aja, tapi yang penting teknik nya tu baru lah dapat hasil yang mantap. Jadi pastikan anda tengok sampai habis sebab banyakk sangat tips yang Che Nom nak share dalam video ni untuk hasilkan donat yang perang, lembut berongga dan super sedap , gerenti laku keras punyalah.
Bermula dengan cara untuk penyimpanan dan aktifkan yis, cara untuk adun doh mengikut jenis-jenis tepung, cara nak betukkan donuk supaya montok hasilnya tanpa acuan pun dan tips menggoreng supaya hasil donut perang sekata, masak sempurna dan juga tak serap minyak ha. Resepi ni pun sesuai sangat untuk sesiapa yang allergic telur atau sesiapa yang vegetarian.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1/2 sk garam
- 2 cwn tepung gandum atau tepung roti
- 2 sb majerin
- 1 sk serbuk penaik
- 1/2 cwn air suam
- 2 sk yis
- 1 sb gula
- 2 sb susu pekat manis
- 1/2 cwn air (utk tambah masa uli jika perlu)
- Gula kastor
- Serbuk kayu manis (jika suka)
- 1Bancuh yis dengan air suam, gula dan susu pekat manis. Biarkan 5-10 minit.
- 2Gaul tepung gandum, baking powder dan garam.
- 3Bila adunan yis dah berbuih, tuang masuk dalam adunan kering dan gaul sebati.
- 4Tambah air (jika perlu) dan uli sampai boleh bentuk.
- 5Tambah majerin dan uli sampai doh tak melekat pada tangan.
- 6Sapu minyak pada mangkuk, letak doh yang kita uli tadi, tutup dengan kain dan perap sampai naik 2x ganda.
- 7Bahagi doh kepada 25g setiap satu (kalau nak besar boleh buat 30g).
- 8Bulatkan doh, leperkan dan tekan dengan chopstick di tengah untuk buat lubang.
- 9Letak atas kertas baking atau talam yang ditabur tepung dan biarkan doh kembang.
- 10Panaskan minyak dan goreng dalam minyak sederhana panas sampai donut perang dan gebu.
- 11Angkat dan toskan minyak. Biarkan donut suam.
- 1Gaul sekata gula dengan serbuk kayu manis.
- 2Salut donut dengna gula masa masih suam-suam panas.
- •Nak buat roti ni eloknya time panas, kalau hujan yis pon tarik selimut malas nak buat kerja, sejuk kan.
- •Tip untuk jimat, beli yis pek 500g lepastu asingkan masuk dalam plastic zip lock dan simpan dalam freezer, cara ni lebih murah dari beli pek yang kecik tu dan tahan untuk jangka masa panjang.
- •Boleh guna tepung roti (high protein), hasil kalau guna tepung roti lebih gebu dan lembut.
- •Jangan overproof atau lama sangat nanti hilang structure dan texture donut, tak kembang gebu bila kita goreng nanti.
- •Goreng dalam api sederhana, kalau api besar nanti luar donut cepat sangat perang tapi dalam tak masak lagi.
- •Minyak kena banyak sampai terapung sebab kita nak donut perang sekata.
- •Untuk elak donut serap minyak, pertama jangan goreng penuh-penuh kuali nanti suhu minyak jatuh. Kedua jangan kerap alih, tunggu masak sebelah bawah baru alih.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Puding Karamel Tanpa Telur
Resepi Puding Karamel Tanpa Telur, dessert atau pencuci mulut yang sangat sedap. Sesuai untuk sesetengah orang yang kura...
Diterbitkan pada 19 Oktober 2016

Fettucine Carbonara Udang dan Cendawan
Resepi Fettucine Carbonara, pada asasnya adalah pasta jenis fettucine yang dimasak bersama sos carbonara. Sebelum tu Che...
Diterbitkan pada 12 Disember 2016

Ayam Berempah Buat Berniaga Pasti Laris
Kali ni Che Nom nak kongsi resepi ayam goreng berempah, yang sesuai sangat kalau kita makan dengan nasik lemak, nasi put...
Diterbitkan pada 21 Januari 2023

Tahu Bakar
Resepi tahu bakar ...
Diterbitkan pada 21 Ogos 2013

Kek Batik Milo
Jom ikut Che Nom buat kek batik Milo terpaling sempoi. Dengan hanya menggunakan 4 bahan sahaja kita akan dapat hasilkan ...
Diterbitkan pada 15 Disember 2022
Kek Batik Indulgence Tanpa Telur Tanpa Oven
Kek Batik Indulgence, yang mempunyai 3 lapisan iaitu lapisan kek batik, lapisan cheese dan coklat ganache. Dessert yang ...
Diterbitkan pada 26 April 2020
Resepi Terbaru

Sup Ayam Beraroma Istimewa
Sup ayam ringkas dan beraroma dengan tumis darat.

Tempe Goreng Rangup
Tempe goreng nipis, rangup dan berempah.

Kacang Buncis Goreng Tempe
Kacang buncis rangup bersama tempe goreng, mudah dan sedap.

Ayam Panggang Style Che Nom
Ayam panggang berempah, lembut dan kulit rangup dengan sentuhan rempah Che Nom.

Set Ayam Gepuk dengan Sambal Gesek Istimewa
Set Ayam Gepuk lengkap dengan sambal gesek pedas berlemak.

Biskut Cornflakes Madu
Biskut raya ringkas dengan kombinasi cornflakes rangup dan madu. Sungguh sedap dan mudah disediakan!