ResepiCheNom
Dalca Daging

Resepi Dalca Daging

Prep 30 minMasak 45 minJumlah 1 jam 15 minHidangan 4 orang

Dalca Daging yang pekat berlemak dengan kacang dhal oren, memang ngam makan dengan nasi tomato atau nasi minyak.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 350 gram daging350 gram daging
  • 3 sudu besar rempah kari daging3 sudu besar rempah kari daging
  • 2 cawan santan cair2 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat2 cawan santan pekat
  • 150 gram kacang dhal150 gram kacang dhal
  • 3 biji kentang, kupas kulit dan potong 43 biji kentang, kupas kulit dan potong 4
  • 2 biji cili hijau2 biji cili hijau
  • 4 batang kacang panjang, potong panjang 2 inci4 batang kacang panjang, potong panjang 2 inci
  • 4 biji terung bulat, potong 44 biji terung bulat, potong 4
  • 1 biji tomato, potong 41 biji tomato, potong 4
  • 1 biji karot, potong memanjang1 biji karot, potong memanjang
  • 2 tangkai daun kari2 tangkai daun kari

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 1 biji bawang besar1 biji bawang besar

Bahan Untuk Rempah Tumis

  • 1 batang kayu manis1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga lawang2 biji bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga5 biji buah pelaga

Cara Buat Dalca Daging

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Memasak Dalca

  1. 1
    Rebus kacang dhal sehingga lembut.
  2. 2
    Rebus daging sehingga lembut dan hiris nipis. Jangan buang airnya.
  3. 3
    Panaskan minyak. Tumis bahan kisar halus, daun kari dan bahan rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan pula rempah kari dan masak sehingga pecah minyak.
  4. 4
    Masukkan daging dan air rebusannya, kacang dalca, karot, kentang, cili hijau, asam keping dan juga santan cair. Masak sehingga sayur empuk.
  5. 5
    Masukkan santan pekat, tomato dan terung bulat dan masak sehingga lembut.
  6. 6
    Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
  7. 7
    Angkat dan hidangkan
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Rempah haruslah dimasak di atas api perlahan sehingga betul pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering kerana takut hangus.
Pengenalan

Resepi Dalca Daging yang memang sangat sedap dan sesuai dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak. Untuk resipi ini Che Nom gunakan kacang dhal Australia atau kacang dhal yang berwarna oren.

Jika anda mempunyai pressure cooker, masa memasak dapat disingkatkan, lebih kurang setengah jam kacang dhal sudah menjadi lembut. Jika tidak mempunyai pressure cooker tidak megapa, rendam kacang dhal selama beberapa jam dan kemudian rebus sehingga lembut. Sila lah cuba ya :)

Diterbitkan pada 8 Ogos 201574.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru