Resepi Daging Masak Hitam
Daging Masak Hitam ni kuahnya pekat, berempah dan cukup seimbang masin manis dari kicap serta sos tiram, dengan sedikit masam tomato.

Bahan-bahan
Cara Buat Daging Masak Hitam
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Hiris daging melintang arah urat supaya tidak liat.
- 2Perap daging dengan bahan-bahan tumbuk halus dan bahan-bahan untuk perapan selama minimum 1/2 jam.
- 3Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan serai, daun pandan, kayu manis,buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
- 4Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga garing.
- 5Masukkan tomato dan masak sehingga tomato lembut.
- 6Masukkan daging yang diperap tadi dan tambah lagi kicap manis secukupnya.
- 7Masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 400 kcal
- Protein
- 21 g
- Karbohidrat
- 12 g
- Lemak
- 29.5 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 7 g
- Natrium:
- 440 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Daging 500 g dikira jenis sederhana berlemak (~18% lemak).
- Minyak menumis tidak disenaraikan; dianggar 4 sudu besar.
- 'Kicap manis secukupnya' ditambah 1 sudu besar dianggar 3 sudu besar kesemuanya.
- Tiada garam berasingan — natrium datang daripada kicap dan sos tiram.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Lagi lama diperap daging, makin sedap rasanya kerana bahan perapan meresap ke dalam daging dan menjadikannya lembut.
Video
Pengenalan
Resepi Daging Masak Hitam yang sangat sedap dan Che Nom selalu masak daging ni untuk dimakan bersama nasi tomato dan juga nasi minyak. Rasa kuahnya yang berempah dan pekat memang terbaik.
Untuk resepi daging masak hitam ni tidak perlu lagi dimasukkan garam kerana rasa masin dan manis dari sos tiram dan kicap sudah mencukupi. Rasa masam pula diseimbangkan dengan rasa tomato. Boleh juga kalau nak gantikan buah tomato dengan tomato puree.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat









