
Resepi Daging Black Pepper Confirm Sedap
Resepi daging black pepper ala Che Nom yang mudah, kuah pekat beraroma lada hitam dan confirm sedap. Hiris nipis lawan urat, daging cepat lembut walau guna potongan murah.
Bahan-bahan
Cara Buat Daging Black Pepper
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Hiris nipis daging ikut arah lawan urat supaya tak liat
- 2Hiris kasar bawang putih, bawang merah, dan halia. Tumbuk halus semua bahandan gaulkan bersama hirisan daging.
- 3Masukkan 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar kicap manis dan sedikit serbuk black pepper dalam anggaran 1/2 sudu kecil. Perap selama minimum 1/2 jam. Lagi lama lagi sedap.
- 4Ambil sedikit cili padi, anggaran 4-5 biji, buang tangkai dan belah tengahnya.
- 5Panaskan minyak.
- 6Kupas 2 biji ubi kentang. Hiris dalam bentuk wedges dan gaul kentang dengan sedikit garam . Goreng sehingga keperangan di luar dan lembut di dalam. Angkat dan ketepikan.
- 7Dalam minyak yang sama, masukkan daging yang di perap tadi. Api kecil aje. Kacau perlahan sehingga daging kering dan terpisah dengan minyak. Che Nom tambah sedikit lagi lada hitam supaya nak bagi wangi dan lebih rasa lada hitamnya.
- 8Tuang sedikit lagi kicap.
- 9Tambah sedikit air dan renehkan daging. Kalau kuah dah kering, tapi daging masih lagi liat, tambah sedikit lagi air dan teruskan reneh sampai daging jadi lembut.
- 10Bila daging dah lembut, bancuh tepung jagung dan air. Tuang bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Kacau-kacau sikit kuah supaya sekata.
- 11Masukkan kentang yang dah digoreng tadi. Masukkan capsicum merah dan hijau. Masukkan pula cili api. Kacau sebati sehingga capsicum lembut sedikit, tapi masih lagi crunchy.
- 12Kemudian akhir sekali masukkan hirisan bawang besar.
- 13Tabur dengan hirisan daun bawang
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Kalau ada banyak daging korban,boleh lah masak resepi daging yang mudah dan sedap, iaitu Daging Masak BlackPepper atau Daging Masak Lada Hitam,cara Che Nom. Untuk resepi ni, kalau nakcepat masak, kita gunakan daging jenis yang lembut iaitu bahagian batangpinang, tapi kalau takda,bahagian potongan yang lain pun ok. Janji kita potongdengan cara yang betul dan masak lebih lama sikit je.
Sebenarnya potongan daging yang murah, lebih sedap atauflavourful rasanya kalau dimasak macam ni, berbanding daging yang mahal macamdaging batang pinang tu. Beef cut yang mahal macam daging batang pinang tulebih sesuai dimasal grill, atau masak steak. Jadi, cheap cut beef adalah pilihan yang bagus untuk masak daging black pepper. Hiris nipis daging, ikutarah berlawanan urat macam ni. Kalau ikut arah urat nanti daging akan jadi liat.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam









